Harian Metro

Diana ‘si ibu harimau’

- DARI MUKA 1

“Saya juga tak mahu anak ada persepsi berbeza mengenai sekolah. Saya tidak mahu dia anggap sekolah itu adalah satu paksaan.

“Saya mahu dia rasa seronok apabila melalui zaman persekolah­an dan pembelajar­an dengan mudah serta bersedia,” katanya.

Isteri kepada pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil ini berkata, ada sesetengah ibu bapa perlu menghantar anak ke pusat jagaan kanakkanak kerana mereka perlu bekerja dan tiada sesiapa yang akan menjaga.

“Saya ada ibu dan pembantu yang boleh menjaga anak. Kadangkada­ng, jika saya ada kerja yang perlu diselesaik­an, suami akan tolong menjaga mereka,” katanya.

Ditanya mengenai cara dia mendidik anak, Diana berkata, dia adalah ‘ibu harimau’ ketika di rumah.

“Sama seperti ibu Asia yang lain, saya mendidik anak mengikut cara Timur. Saya akui, saya adalah ‘ibu harimau’ dan sedikit garang berbanding Farid.

“Bagaimanap­un, ada ketikanya saya memerlukan Farid untuk menegur anak. Kami akan terangkan apa yang betul dan apa yang salah kepada mereka,” katanya.

Mereka yang berkahwin pada 2012 dikurniaka­n dua anak iaitu Muhammad, 5, dan Aurora.

Terbaru, Diana kini bergelar pengacara untuk program bual bicara di ntv7, Kata Serasi bersama Naz Rahman.

“Dalam program itu, kami membicarak­an perkara mengenai perhubunga­n, gaya hidup dan banyak lagi. Selain itu, kami juga selitkan perkara relevan yang terjadi di persekitar­an kita,” katanya.

Menurut Diana, dia berterima kasih kepada Naz yang banyak membantuny­a supaya tidak kekok beraksi untuk program secara langsung itu.

“Naz banyak memberikan input kepada saya untuk memastikan pengacaraa­n saya lancar dan tidak nampak kekok,” katanya.

Selain itu, dia juga akan hadir dengan single terbaru berjudul Infiniti hasil ciptaan komposer dan penyanyi dari Singapura, Reyza Hamizan.

“Insya-Allah, lagu ini akan dilancarka­n tak lama lagi. Secara ringkas, ia bercerita mengenai cinta dan ketuhanan,” katanya. -Syafil Syazwan Jefri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia