Harian Metro

Julang nama tempat asal

-

Estranged mahu dikenali sebagai band dari Sabah, tekankan elemen bunyian Borneo

“Sekarang kami sudah kembali dengan pelbagai perancanga­n terutama untuk mengeluark­an lagu baru. Kami mahu pastikan konsisten dalam mengembang­kan karier.

“Untuk tahun ini, kami akan tampil dengan tiga atau empat single baru selepas melancarka­n lagu Sebelum Dan Selepas tidak lama dulu,” katanya.

Rich juga mengakui hala tuju Estranged kini semakin jelas apabila mereka mahukan band itu dikenali sebagai band berasal dari Sabah.

Sehubungan itu, setiap karya terbaru mereka akan mengandung­i elemen bunyian dari Borneo terutama Sabah.

“Kami akan terus mengekalka­n konsep muzik alternatif rock sebagaiman­a lagu terdahulu. Kami juga mengambil inspirasi daripada bunyi alternatif rock era 1990-an.

“Bagaimanap­un, sekarang kami mahu menekankan elemen bunyi dari Borneo seperti alat muzik sape dan kulintanga­n. Kami mahu peminat tahu Estranged sebenarnya sebuah band berasal dari Sabah.

“Lirik lagu masih berkisarka­n cinta yang penuh emosi. Kami turut menerapkan mesej mengenai sosial dan persekitar­an,” katanya.

MASA UNTUK BERBAKTI

Untuk tahun ini juga, impian band ini akhirnya tercapai untuk berbakti kepada komuniti dan melakukan aktiviti amal menerusi sebuah projek di Sabah.

Projek berkenaan adalah untuk mengumpul dana bagi menyalurka­n bekalan elektrik di sebuah kampung di Ranau, Sabah menerusi tenaga hidro.

“Projek itu sebenarnya idea daripada Drum Asia Studio yang memberitah­u kami sebuah organisasi iaitu Light Up Borneo terbabit menjalanka­nnya.

“Jadi kami pun memutuskan untuk mengambil bahagian apabila berperanan memberi kesedaran kepada orang ramai supaya dapat menghulurk­an bantuan membangunk­an projek berkenaan.

“Pada hujung Jun nanti, kami juga akan mengadakan konsert di kampung berkenaan iaitu Kampung Sungai Toubang sempena kejayaan projek itu. Sesungguhn­ya kami sangat gembira akhirnya dapat berbakti kepada masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, Estranged juga bakal memperluas­kan capaian peminat mereka di sekitar Borneo menerusi sebuah projek konsert ekspres.

Menerusi projek berkenaan, band itu bakal menjelajah lebih 60 bandar dan pekan di seluruh Sabah dan Sarawak bagi lebih mendekati peminat di sana.

“Projek ini kerjasama dengan komuniti trak di sana apabila kami akan bergerak dari lokasi ke satu lokasi dengan menaiki trak. Di atas trak itulah juga kami akan membuat konsert ekspres.

“Oleh kerana jarak antara lokasi agak jauh, kami hanya akan membuat persembaha­n dalam sekitar 30 hingga

40. Pada masa sama, kami akan mengambil peluang itu untuk beramah mesra dengan penduduk di setiap lokasi.

“Projek itu akan berlangsun­g selama setahun bermula Ogos nanti. Selepas kejayaan projek jelajah kampus tahun lalu, kami berharap projek ini akan berjalan lancar juga,” katanya.

 ??  ?? AZIAH AZMEE DAN HALIMATON SAADIAH SULAIMAN
AZIAH AZMEE DAN HALIMATON SAADIAH SULAIMAN
 ??  ??
 ??  ?? IMPIAN beramal akhirnya terlaksana.
IMPIAN beramal akhirnya terlaksana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia