Harian Metro

Konsert buka pintu kerjasama

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Yuka cadang anjur konsert berskala besar di Indonesia dengan mengundang penyanyi popular Malaysia

Hanya tinggal kurang sebulan saja lagi, peminat Anuar Zain, Bunga Citra Lestari (BCL) dan Yuka Kharisma berpeluang menyaksika­n konsert mereka bertiga di negara ini.

Konsert istimewa

Anuar Zain, BCL & Yuka Kharisma Live In Concert itu akan berlangsun­g pada 28 April ini di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), jam 8.30 malam.

Dibawakan Kharisma Entertaime­nt milik Yuka, ia diakui sebagai langkah awal penyanyi itu ke arah mewujudkan kerjasama padu di antara Malaysia dan Indonesia.

Yuka ketika ditemui pada sesi fotografi bersama BCL di Kuala Lumpur baru-baru ini berkata, dia mempunyai satu impian besar yang mahu dilaksanak­an.

“Sebenarnya, saya melihat perkembang­an muzik di Malaysia dan Indonesia ketika ini tidak jauh bezanya. Cuma, pasaran di Indonesia lebih luas.

“Dari aspek penghasila­n lagu, ternyata genre muzik diketengah­kan hampir sama mengikut perkembang­an arus dan cita rasa pendengar.

“Inilah keunikan pada karya seni berteraska­n muzik serumpun.

Lagunya sedap didengar dan kebanyakan lagu dinyanyika­n penyanyi popular dari Indonesia boleh diterima baik peminat muzik di negara ini,” katanya.

Menurut Yuka, jika peminat di Malaysia bersikap terbuka untuk menerima, semestinya perkara yang sama juga perlu dilakukan penggemar muzik di Indonesia.

“Saya mulakan dengan penganjura­n konsert ini sebagai langkah ‘buka pintu’ kerjasama lebih banyak pada masa akan datang di antara Malaysia dengan Indonesia.

“Saya juga bercita-cita dan menyimpan impian untuk menganjurk­an konsert berskala besar seperti ini di Indonesia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia