Harian Metro

‘Hadiah untuk peminat’

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Selepas berjaya membina nama dalam bidang lakonan, kini Zara Zya,

33, mengetenga­hkan bakatnya sebagai penyanyi pula.

Jika Zara pernah mencipta kejutan menerusi drama Love You Mr Arrogant pada 2013, untuk nyanyian pula dia tampil berani pertaruhka­n single berjudul Tiada Dendam.

Lagu balada ini hasil ciptaan bersama komposer Lieynur Liey dan Fauzi Aisunam dan liriknya ditulis Iman Imran.

Zara berkata, dia sudah sedia meluaskan bakatnya dalam bidang nyanyian.

“Lagu ini saya rakamkan sebagai hadiah untuk peminat yang setia menyokong selama ini. Tiada Dendam sangat istimewa kerana melodi dan liriknya amat positif. Saya mahu semua yang mendengar lagu ini menjadi positif dan sentiasa tenang.

“Walau apa pun yang dilalui dalam kehidupan ini, tetap kena kuat, cekal dan tabah. Mesti ada hikmah yang menanti,” katanya.

Anak jati Perak ini berkata, dia sangat berharap peminatnya terhibur dengan single terbabit.

“Saya kuatkan semangat untuk menghasilk­an single ini sebaik yang mungkin demi anda semua, peminat kesayangan saya”, katanya.

Zara berkata, apa yang diperolehn­ya dalam kerjaya seni hingga berjaya pada tahap sekarang kerana sokongan padu daripada peminat.

Sejak kelmarin, Tiada Dendam sudah boleh didengar di Apple Music manakala video liriknya akan dilancarka­n di saluran YouTube Life Records Malaysia hari ini.

Tiada Dendam juga boleh didengar bermula hari ini di beberapa platform digital popular seperti Spotify, Joox, Kkbox dan Deezer.

Tiada Dendam diterbitka­n secara kerjasama menerusi Zara Zya Management Sdn Bhd dengan Life Records dan Waznah Sdn Bhd dari Brunei Darussalam.

 ??  ?? Tiada Dendam sangat istimewa kerana melodi dan liriknya sangat positif. Saya mahu semua yang mendengar lagu ini menjadi positif dan sentiasa tenang
Tiada Dendam sangat istimewa kerana melodi dan liriknya sangat positif. Saya mahu semua yang mendengar lagu ini menjadi positif dan sentiasa tenang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia