Harian Metro

‘nama Zero tak diabai’

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

3 beradik masing-masing

kini sibuk penuhi tawaran

kerjaya solo

Kumpulan Zero yang dianggotai tiga beradik Atu, Sharif dan Syaiful masih relevan dan diterima baik setakat ini.

Jika melihat kepada profil kerjaya mereka, Zero boleh berbangga apabila reputasi dicipta semakin kukuh dan meyakinkan.

Pada masa sama, persembaha­n mereka sentiasa mendapat pujian dengan aksi spontan yang menghiburk­an.

Bagaimanap­un, menurut Atu, mereka sebenarnya belum yakin apabila beraksi untuk program yang disiarkan secara langsung.

“Memang keinginan itu ada, tapi buat masa sekarang kami belum ada keyakinan menjayakan program sendiri secara langsung sebagaiman­a kumpulan pelawak lain.

“Nampak saja

Zero memang ada potensi untuk melaksanak­annya tetapi secara peribadi, kami sendiri masih dalam proses mengumpul keyakinan,” katanya.

Kesedaran itu juga timbul memandangk­an kumpulan pelawak lain ada kelebihan sendiri apabila berada di pentas.

Menurut Atu, elemen itulah yang masih mereka cari sebelum benar-benar bersedia.

“Untuk menjayakan program spontan secara langsung seperti Sepahtu Reunion Live dan Bocey & Friends Live, kami perlu kena sampai ke tahap mereka.

“Mereka layak berada di pentas itu disebabkan kredibilit­i serta kekuatan yang meletakkan mereka dalam kelas tersendiri. Rasanya kami belum mencapai ke tahap itu.

“Kami bimbang persembaha­n kami tak menjadi seperti diharapkan. Tidak mahulah nanti Zero meninggalk­an sesuatu yang kurang enak untuk dikenang,” katanya.

Dalam pada itu, Atu turut menafikan mereka bertiga mengabaika­n nama kumpulan itu apabila kebelakang­an ini masing-masing bergerak sendiri.

Sebaliknya dia menyifatka­n kesibukan setiap anggota Zero adalah hal yang perlu disyukuri mereka.

“Mana ada kami cuba mengabaika­n nama Zero.

Mana ada kami cuba mengabaika­n nama Zero. Kami masih berusaha mengukuhka­n jenama kami

Kami masih berusaha mengukuhka­n jenama kami, namun pada masa sama memenuhi tawaran kerjaya solo masing-masing.

“Lagipun, jadual kerja solo memang sangat padat sekarang ini dengan pelbagai projek. Saya sendiri akan sibuk sehingga hujung tahun dengan program TV dan macam-macam lagi.

“Sebenarnya apabila masing-masing sibuk begini adalah strategi yang bagus juga untuk kami. Pastinya Zero akan menjadi lebih kukuh nama masing-masing sudah kuat,” katanya yang menjelaska­n Zero turut sibuk dengan rakaman program Opera Zero.

 ??  ?? ZERO masih kumpul kekuatan
tampil dalam program sendiri secara langsung.
ZERO masih kumpul kekuatan tampil dalam program sendiri secara langsung.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia