Harian Metro

Kaedah tidak sukar

-

Bukan saja jimatkan ruang malah tanaman terhindar daripada serangan haiwan perosak

“Sebelum ini, saya menyangka tanaman cili kulai menggunaka­n kaedah fertigasi itu cerewet tapi apabila mendapat pendedahan, ia senang untuk dijalankan malah mempunyai banyak kelebihan berbanding kaedah tanaman biasa.

“Bukan saja menjimatka­n ruang malah tanaman juga terhindar daripada serangan haiwan perosak termasuk babi selain memberi kemudahan kepada petani untuk menguruska­nnya seperti proses membaja dan menyiram,” katanya yang ditemui di Kuala Nerus, Terengganu, barubaru ini.

Katanya, kaedah fertigasi tergantung yang dijalankan itu mengubah persepsi orang ramai terhadap kaedah pertanian itu.

“Kaedah fertigasi yang digunakan itu memberi pilihan kepada orang ramai tanpa perlu terikat dengan kaedah tradisiona­l yang mempunyai pelbagai risiko.

“Paling penting kaedah itu menyebabka­n pokok mengeluark­an banyak hasil seterusnya memberi keuntungan kepada petani,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Projek Mohammad Yusof, 41, berkata, 20 ahli koperasi yang bertanggun­gjawab mengusahak­an tanaman itu pada peringkat awal termasuk proses menebang pokok gelam di hutan untuk membina tapak semaian anak cili itu.

“Selepas pokok membesar dan mengeluark­an hasil, tugas untuk menguruska­n diberikan kepada seorang ahli saja sementara proses memetik hasil dan menjual kepada peniaga di pasar dijalankan secara berkumpula­n.

“Sehingga kini, lebih 100kg lada sudah dipetik dan terjual dan wang yang diperoleh itu dimasukkan ke dalam akaun koperasi.

“Kami menjalanka­n perusahaan tanaman sayur-sayuran itu sejak Mac 2017 iaitu bermula dengan tanaman timun batang dan hasil diperoleh sebanyak 2.5 tan dalam tempoh 80 hari sebelum beralih kepada tanaman cili kulai itu, “katanya.

Katanya, hingga kini pihaknya menanam

350 pokok cili kulai dan memperuntu­kkan RM200 sebulan untuk kos penyelengg­araan pokok termasuk membaja selain meracun bagi menangani ancaman serangga perosak termasuk kulat dan lalat.

“Seronok apabila menjalanka­n kegiatan pertanian itu secara berkumpula­n kerana semua ahli memberi perhatian dan bekerjasam­a dalam menjalanka­n tugas menguruska­n tanaman itu,” katanya.

Pengerusi SAHABAT Mohd Al Faisal Ali berkata, ramai ahli yang berminat mengusahak­an tanaman sebelum ini namun tidak mempunyai ilmu untuk berbuat demikian.

“Oleh itu, apabila program itu dijalankan mereka mendapat pendedahan hingga mendorong sebahagian ahli menjalanka­n kegiatan itu di kawasan rumah mereka.

“Program itu berjaya menjana pendapatan ahli dan koperasi dan paling penting ia memberi pendedahan dan ilmu kepada ahli untuk memanfaatk­an tanah yang ada untuk mengusahak­an tanaman di kawasan rumah sendiri,” katanya. -Ahmad Rabiul Zulkifli

 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli SAHABAT yang mengusahak­an tanaman cili kulai menggunaka­n kaedah fertigasi.
SEBAHAGIAN ahli SAHABAT yang mengusahak­an tanaman cili kulai menggunaka­n kaedah fertigasi.
 ??  ?? AHLI SAHABAT menimbang cili kulai.
AHLI SAHABAT menimbang cili kulai.
 ??  ?? CILI kulai.
CILI kulai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia