Harian Metro

Kebajikan nelayan terbela

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Program GNN 2018 salur pelbagai

bantuan, insentif ringan

beban

Gelombang Nelayan Nasional (GNN) 2018 adalah sebuah program yang menjalin kerjasama dengan nelayan melalui aktiviti turun padang dan ramah mesra membabitka­n sektor kerajaan, swasta serta nelayan.

Antara objektif utama program GNN ini adalah sebagai medium penyaluran maklumat berkenaan dasar kerajaan dan penyampaia­n perkhidmat­an yang disediakan jabatan dan agensi kerajaan kepada masyarakat nelayan.

Lembaga Kemajuan

Ikan Malaysia (LKIM) adalah agensi yang dipertangg­ungjawabka­n untuk memperbaik­i kedudukan sosio-ekonomi nelayan dengan penumpuan kepada peningkata­n pendapatan dan memajukan perusahaan perikanan negara serta menjaga kebajikan sosial dan ekonomi masyarakat itu.

Program itu antara inisiatif kerjasama melalui konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk melaksanak­an Program GNN 2018.

Pengerusi LKIM Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, program bertujuan mengeratka­n hubungan antara pemimpin, jabatan dan agensi kerajaan dengan masyarakat nelayan.

Beliau berkata, ia menjadi medium penyaluran maklumat termasuk dasar kerajaan dan penyampaia­n perkhidmat­an yang disediakan jabatan serta agensi kepada masyarakat nelayan.

“Kami meraikan lebih 1,500 nelayan dari seluruh Selangor. Ia membabitka­n nelayan dari Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sepang, PNK Kuala Langat, PNK Pelabuhan Klang, PNK Kuala Selangor dan PNK Sungai Besar.

“Dalam menyelusur­i kehidupan ini, denyut nadi anda semua sebagai nelayan yang berusaha membanting tulang bagi memenuhi keperluan rakyat untuk mendapatka­n sumber protein utama menerusi tangkapan hasil laut sangat dihargai.

“Tidak sedetik pun perit jerih anda semua dilupakan, biar pun pelbagai tohmahan negatif dilontarka­n kepada kami,” katanya sempena majlis perasmian Program GNN 2018 Peringkat Negeri Selangor dan majlis penyampaia­n elaun sara hidup tunai nelayan (ESHN) di Kompleks LKIM, Kuala Selangor, baru-baru ini.

Majlis perasmian disempurna­kan Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Persekutua­n Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Turut hadir, Ketua Pengarah LKIM Datuk M Saedon Ab Majid, Pengarah LKIM Negeri Selangor Zulkarnain Ashaari, Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Selangor (PENEGOR) Ab Aziz Selamat dan Pengerusi PNK Kuala Selangor Kamarudin Sarap.

Program yang berlangsun­g selama dua hari itu membabitka­n nelayan setempat dengan menganjurk­an program gotong-royong jiwa murni bersama Tentera Laut

Diraja Malaysia (TLDM) manakala acara kemuncak perhimpuna­n lebih 1,500 nelayan di Selangor.

Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, kerajaan melalui Kementeria­n Pertanian dan Industri

Asas Tani (MOA) diberi tanggungja­wab menjaga kebajikan nelayan kepada LKIM.

“Melaluinya, pelbagai bantuan dan insentif sama ada dalam bentuk ekonomi dan sosial disalurkan bagi meringanka­n beban nelayan. Misalnya pemberian elaun sara hidup pada kadar RM250 hingga RM300 sebulan.

“Pada program ini, seramai 892 nelayan membabitka­n Parlimen Kuala Selangor dan

Tanjong Karang menerima ESHN.

“Program ini akan diteruskan dan menjadi acara tahunan bagi LKIM khusus untuk menghargai warga nelayan dengan penganjura­n pelbagai aktiviti membabitka­n nelayan serta komuniti setempat,” katanya.

Menurutnya, LKIM juga akan melaksanak­an dan merancang pelbagai program dan aktiviti untuk kesejahter­aan masyarakat nelayan secara berterusan supaya golongan itu tidak rasa terpinggir.

 ??  ?? 2. SEBAHAGIAN
nelayan yang menyertai GNN 2018.
3. ANTARA nelayan yang menerima
bantuan.
2. SEBAHAGIAN nelayan yang menyertai GNN 2018. 3. ANTARA nelayan yang menerima bantuan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia