Harian Metro

Manfaat program JBD

- Dziyaul Afnan Abdul Rahman rencana@hmetro.com.my

Bantu pengguna beli barangan keperluan dengan harga lebih rendah

Program Jimat Belanja Dapur (JBD) yang dilaksanak­an Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) sejak Januari lalu ternyata memberi impak besar dan positif kepada rakyat negara ini.

Program berkenaan diperkenal­kan di setiap Agrobazaar Rakyat 1Malaysia (ABR1M) memberi peluang kepada rakyat mendapatka­n barang keperluan harian dengan kadar lebih rendah.

Selain memberi manfaat kepada pengguna program JBD, ia turut memberikan pulangan dan keuntungan hampir 100 peratus kepada usahawan ABR1M.

Malah, FAMA komited akan memperluas­kan program JBD membabitka­n 706 lokasi pasar tani di seluruh negara selain ABR1M dan MyFarm Outlet setiap hari.

Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak berkata, program JBD membuka peluang dan ruang kepada rakyat mahupun usahawan ABR1M untuk menikmati kemudahan program itu.

“Ada yang kata program ini hanya memberi kelebihan kepada rakyat kerana FAMA tidak membuka pintu keuntungan kepada usahawan ABR1M, tetapi mereka silap kerana usahawan turut peroleh manfaatnya.

“Selain pengguna boleh berjimat pada kadar antara lima hingga 20 peratus harga barangan keperluan, usahawan ABR1M turut jimat pengeluara­n kos sehingga 20 peratus,” katanya sempena majlis pelancaran program JBD di ABR1M Kampung

Titi Tinggi Ulu, Kaki Bukit, Padang Besar, Perlis, barubaru ini.

Majlis perasmian disempurna­kan Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Perlis, Ahmad Bakri Ali.

Ahmad berkata, melalui program itu, usahawan terpilih FAMA akan diselia secara komprehens­if dalam meningkatk­an jualan di premis ABR1M mereka.

“FAMA akan berikan tunjuk ajar kepada usahawan bagaimana mereka dapat meningkatk­an jualan, kedua mereka akan dibekalkan barangan segar secara terus daripada pembekal dengan kos harga yang lebih murah.

“FAMA menyasarka­n menjelang 2020 nanti, lebih 1,000 ABR1M yang menjual barangan runcit terpilih bakal diwujudkan melalui program JBD.

Hingga kini sudah ada 426 ABR1M di seluruh negara sejak ia diperkenal­kan pada 2015,” katanya.

Katanya, terdapat 27 barangan yang boleh dibeli pengguna yang dijual pada harga rendah di bawah harga semasa.

“Antara barangan dijual di bawah harga semasa ialah cili merah, halia, lobak merah, tomato, bawang besar, bawang merah kecil, kelapa, kentang, ikan bilis, ayam standard, telur ayam, ikan kembong, ikan selayang dan barangan lain yang terpilih.

“Melalui program ini, pengguna dapat menjimatka­n perbelanja­an produk makanan terpilih selaras dengan keadaan semasa. Rangkaian ABR1M ini adalah langkah kerajaan menawarkan produk makanan segar hasil pertanian yang dijual secara terus kepada pengguna.

“Ia sejajar objektif Program Transforma­si Ekonomi (ETP) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dengan mentransfo­rmasikan sektor peruncitan menjelang 2020,” katanya.

Menurutnya, hingga kini, sebanyak tujuh ABR1M sudah beroperasi dalam program JBD di seluruh Perlis merangkumi tiga ABR1M di Kangar, tiga di Padang Besar dan satu di Kuala Perlis.

Sementara itu, usahawan ABR1M, Zahari Senawi berkata, sejak menyertai ABR1M jualan barangan runcitnya meningkat lebih 100 peratus.

“Dulu sebelum menyertai usahawan ABR1M, saya hanya berniaga barangan runcit secara kecilan dan jualan barangan tidak melebihi RM2,000 sehari.

“Selepas terpilih sebagai usahawan ABR1M, jualan barangan runcit mencecah RM5,000 sehari dan keuntungan daripada jualan turut meningkat di luar jangkaan saya,” katanya.

 ??  ?? AHMAD (dua dari kanan) dan Ahmad Bakri (kanan) meninjau harga barangan program JBD.
AHMAD (dua dari kanan) dan Ahmad Bakri (kanan) meninjau harga barangan program JBD.
 ??  ?? AHMAD Bakri (tiga dari kiri) dan Ahmad menunjukka­n tanda bagus selepas majlis pelancaran program JBD.
AHMAD Bakri (tiga dari kiri) dan Ahmad menunjukka­n tanda bagus selepas majlis pelancaran program JBD.
 ??  ?? AHMAD (dua dari kiri) beramah mesra dengan pengunjung ABR1M.
AHMAD (dua dari kiri) beramah mesra dengan pengunjung ABR1M.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia