Harian Metro

JELAJAH KEMPEN MEDIA SOSIAL

-

serta Timbalan Pengarah UKM Global Dr Abdul

Latif Ahmad sebagai panel jemputan bagi membincang­kan topik Bijakkah Anda Dengan Media Sosial.

Ketua Kandungan dan Perancanga­n Strategik hurr.tv Jayelee Sook Kwan berkata, penganjura­n program itu sebahagian inisiatif untuk bertemu dan mendekati golongan muda yang juga penuntut universiti awam dan swasta.

Menurut Jayelee, ia juga salah satu program yang dirangka untuk menjalin hubungan baik dengan universiti dan kolej yang mengambil bahagian.

“Kempen ini akan diadakan di lima lokasi bermula di UKM, diikuti Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 12 April, Universiti Multimedia (MMU) (17 April), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

(21 April) dan Universiti Selangor (UNISEL) pada 21 April.

“Meskipun ia sebuah program baru, kami gembira kerana ia mendapat kerjasama baik daripada pihak universiti dan untuk siri jelajah pertama, aktiviti dimulakan dengan sesi perkongsia­n mengenai media sosial oleh panel jemputan.

“Sebagai selingan, hadirin dihiburkan dengan persembaha­n Bakat Ohsem Malaysia iaitu kumpulan tarian gaya bebas urban Nasty Rock Crew, Aqeesh Aleeya dan Yazmin Aziz,” katanya.

Menurut Jayelee, bagi memeriahka­n lagi program, pihaknya mengadakan aktiviti Jom Cabar, satu cabaran permainan dalam talian hurr.tv yang membolehka­n penuntut turut serta.

“Penuntut bukan saja dapat menyertai cabaran itu bersama panel jemputan tetapi juga berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk sebuah telefon pintar.

“Ini menjadikan program itu lebih menarik bersesuaia­n dengan konsepnya yang santai namun sarat dengan informasi,” katanya.

Sementara itu, penuntut program Komunikasi Media, Ummar Othman, 23, menyambut baik kempen FYI yang dianggap platform yang membolehka­n penuntut merebut peluang yang ada di media sosial.

“Saya tertarik dengan program ini kerana menampilka­n panel jemputan yang bukan saja berkongsi mengenai latar belakang masingmasi­ng tetapi juga memberi gambaran sebenar di sebalik aplikasi media sosial.

“Daripada situ, kita dapat lihat skop lebih luas dan mengetahui kaedah yang betul untuk memanfaatk­an media sosial,” katanya.

Program santai dekati golongan muda babitkan penuntut universiti

 ?? FOTO ?? DARI kiri Dr Latif, Faizdickie dan Ucop.
FOTO DARI kiri Dr Latif, Faizdickie dan Ucop.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia