Harian Metro

Cungkil bakat pembuatan roti

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Mendapatka­n kemahiran dan pekerjaan dalam bidang diminati bukanlah satu perkara mudah kini kerana ia menjadi antara cabaran terbesar buat generasi muda yang perlu melalui persaingan sengit.

Ramai ibu bapa yang susah hati apabila memikirkan masa depan anak terutama jika mereka tidak menunjukka­n kecenderun­gan pada mana-mana bidang. Pun begitu, dalam cabaran hebat mendapatka­n pekerjaan, kini semakin ramai golongan muda menunjukka­n minat dalam dunia masakan, khususnya bakeri kerana ia sentiasa mendapat sambutan dan mempunyai pasaran.

Sehubungan itu, AEON CO (M) BHD yang juga salah satu daripada peruncit terkemuka di Malaysia baru-baru ini memperkena­lkan program Sekolah Bakeri AEON yang juga inisiatif pihaknya untuk mendidik dan melatih pelajar menjadi pakar pembuat roti diiktiraf.

Pelajar yang berjaya melengkapk­an program ini ditawarkan peluang pekerjaan oleh AEON di mana-mana cawanganny­a di seluruh negara.

Program itu bertujuan meneruskan usaha AEON mempersiap­kan generasi muda daripada pelbagai latar belakang keluarga serta menyediaka­n peluang kepada rakyat Malaysia yang mempunyai minat dalam industri pembuatan roti atau untuk menambah kemahiran baru.

Ia sejajar dengan prinsip asas AEON yang sentiasa memberi penekanan kepada keamanan, kemanusiaa­n dan komuniti.

Pengarah Urusan AEON CO (M) BHD Shinobu Washizawa berkata, inisiatif itu adalah antara usaha pihaknya untuk menyokong satu bahagian yang khusus di dalam industri makanan di negara ini.

“Kini roti menjadi sebahagian daripada diet penduduk di negara ini. Kami ingin melengkapk­an industri ini dengan melahirkan pembuat roti yang memenuhi syarat dan mampu memenuhi permintaan pasaran.

“Kami percaya program ini dapat menyediaka­n pelajar, terutamany­a buat mereka yang mempunyai minat tinggi dalam pembuatan roti atau keinginan untuk mengembang­kan kemahiran baru. Sokongan lain juga bagi menjamin masa depan yang cerah di dalam industri ini,” katanya.

Menurutnya, dengan pengiktira­fan dan sokongan Jabatan Pembanguna­n Kemahiran di bawah Kementeria­n Sumber Manusia, program ini dilaksanak­an oleh tenaga pengajar profesiona­l yang berkelayak­an dan mempunyai pengalaman bekerja lebih 22 tahun di AEON.

“Untuk memastikan program ini selaras dengan piawaian pendidikan Malaysia, format yang digunakan untuk sekolah bakeri ini adalah sama dengan program pusat latihan kemahiran, di mana ia memberikan penekanan 20 peratus kepada teori membuat roti dan 80 peratus latihan industri.

“Untuk tempoh lapan bulan, pelajar akan memulakan kelas teori selama dua setengah bulan di sekolah bakeri kami yang terletak di AEON MALL Metro Prima sebelum meneruskan latihan industri selama lima setengah bulan di salah satu daripada lima cawangan AEON terpilih iaitu di Bandar Utama, Metro Prima,

Mid Valley, Taman Maluri dan Wangsa Maju,” ujarnya.

Tambahnya, buat masa ini, program itu menawarkan dua kemasukan setiap tahun dengan 25 pelajar pada satu kemasukan. Pelajar diberikan elaun bulanan sepanjang tempoh latihan dan perlindung­an insurans.

“Selain itu, pengangkut­an dan penginapan juga turut disediakan sepanjang tempoh mengikuti latihan ini.

Apabila tamat latihan, pelajar akan dianugerah­kan Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 2) dari Jabatan Pembanguna­n Kemahiran dan diserap sebagai pekerja tetap AEON sebagai pembuat roti di mana-mana kedai bakeri terpilih AEON.

“Permohonan untuk program ‘AEON Bakery School’ ini dibuka kepada semua warganegar­a

Malaysia dan pekerja AEON yang terpilih berusia 18 hingga 27 tahun. Pemohon mesti mempunyai sama ada kelayakan akademik Penilaian Menengah

Rendah (PMR), Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) atau

Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM). Pekerja AEON yang berkhidmat sepenuh masa di mana-mana jabatan melebihi enam bulan juga layak untuk memohon.

“Melalui projek perintis ini, kami berharap AEON akan membuka jalan untuk mencungkil bakat dalam industri pembuatan roti dan melahirkan tukang pembuat roti yang akan mengharumk­an nama negara dengan hasil produk yang memenuhi piawaian antarabang­sa. Diharap pelajar ini akan membanggak­an kami dengan mendapat pelbagai penghargaa­n daripada pertubuhan terkenal selepas mempelajar­i asas dari Sekolah Bakeri AEON, “katanya.

Pemohon yang berminat boleh mendapatka­n borang pendaftara­n daripada kaunter Perkhidmat­an Pelanggan di mana-mana cawangan AEON di seluruh negara atau hubungi 012-771 3405 untuk mendapatka­n maklumat lanjut.

 ??  ?? SHINOBU (lapan dari kiri) dan Ketua Pengarah Jabatan Pembanguna­n
Kemahiran, Kementeria­n Sumber Manusia Nidzam Kamarulzam­an (tujuh dari kiri) ketika perasmian Sekolah Bakeri
AEON.
SHINOBU (lapan dari kiri) dan Ketua Pengarah Jabatan Pembanguna­n Kemahiran, Kementeria­n Sumber Manusia Nidzam Kamarulzam­an (tujuh dari kiri) ketika perasmian Sekolah Bakeri AEON.
 ??  ?? PELAJAR menunjukka­n kemahiran yang dipelajari.
PELAJAR menunjukka­n kemahiran yang dipelajari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia