Harian Metro

Rekaan klasik dalam sentuhan moden

- 15 PILIHAN WARNA KAIN

Koleksi sedondon ibu-anak guna

perincian mewah untuk tampak lebih

elegan

Pemiliknya, Abdul Rasyid Jalaluddin berkata, jenama itu diasaskan bersama isteri, Khairun Nadia Mohd Kassim untuk menawarkan lebih banyak pilihan buat bayi serta mereka yang mencari koleksi sedondon ibuanak.

Mengetenga­hkan rekaan klasik dalam sentuhan moden ringkas, jenama itu komited untuk terus menghasilk­an pakaian kanak-kanak berkualiti, sesuai dengan kehendak serta gaya si cilik.

Antara koleksinya yang mencuri perhatian adalah Kebaya Nyonya Ayrish, Peplum Songket Ayreena, Peplum Ramarama Adelea, Mini Kurung Ayra, Kebaya Batik Aurora, Kurta Raziq dan Eksklusif Aqiqah Baby Dress.

Jelas Abdul Rasyid, koleksi kali ini menggunaka­n perincian mewah seperti manik mutiara, manik tiga dimensi (3D), renda dan kerongsang untuk tampak lebih elegan.

Setiap manik dijahit rapi dengan jahitan tangan, tidak mudah karat demi menjamin keselesaan dan keselamata­n si comel.

“Tahun ini kami lebih menitikber­atkan rekaan selesa dan eksklusif supaya kanak-kanak boleh bergaya dan tampak lebih menawan, khususnya pada hari raya akan datang.

“Setiap busana dihasilkan mengikut rekaan fesyen semasa dengan fokus kepada manik 3D, penggunaan renda berkilat dan batik pastel. Ada sebahagian rekaan diinspiras­ikan daripada koleksi busana klasik.

“Kebaya Batik Aurora umpamanya, ia adalah kebaya tradisiona­l Melayu yang direka semula dengan potongan lebih selesa dan dipadankan dengan kain batik rona pastel.

“Fabrik batik sengaja dipilih untuk menaikkan kembali minat wanita dan anak kecil terhadap warisan lama. Paling utama, coraknya sentiasa segar dan tidak luput ditelan zaman,” katanya.

Selain batik, Abdul Rasyid berkata, dia turut menghasilk­an koleksi mini peplum menggunaka­n fabrik kapas Inggeris bercorak songket, khusus buat si manja.

“Memandangk­an persalinan ini untuk bayi dan kanak-kanak, jadi kita pilih fabrik bercetak berbanding songket sebenar. Dalam masa sama, kita juga mahu corak ini terus kekal di hati dan dihargai masyarakat.

“Jika diteliti keseluruha­n koleksi, setiap busana yang kita hasilkan mempunyai keunikan dan keistimewa­an tersendiri. Sama ada pemilihan fabrik, perincian yang dihasilkan untuk setiap baju atau warna. Kami juga menyediaka­n pilihan saiz merangkumi pelbagai umur seawal bayi baru lahir sehingga dewasa,” katanya.

Bagi koleksi raya, Abdul Rasyid berkata, dia dan isteri memilih sekurang-kurangnya 15 pilihan warna kain rona terang hingga pastel yang biasanya menjadi rebutan untuk menepati tema keluarga. Ia termasuk biru diraja, ungu, merah jambu, kuning, pic, hijau zamrud, merah hati, hijau pudina dan biru laut.

“Kami memilih fabrik kapas berkualiti, krep Como, satin, renda dan sutera Korea. Semua pilihan fabrik dibuat mengikut keselesaan pemakai. Ini penting kerana sesetengah kanak-kanak dan bayi mempunyai kulit sensitif dan mudah berpeluh. Jadi, perlu gunakan material yang menyerap peluh, selesa dan sejuk.

“Melengkapk­an rekaan, diselitkan perincian khusus. Untuk Kebaya Batik Aurora, diberi lipatan kain kipas belakang untuk memudahkan kanakkanak berjalan dan berlari. Ada juga rekaan yang kami gunakan untuk kain seperti tiga tingkat dan kain berenda,” katanya.

Setiap busana boleh didapati pada harga antara RM59 sehingga RM159 (dewasa). Saiz bayi pula hingga tiga bulan, sementara kanak-kanak sehingga 12 tahun. - Intan Mas Ayu Shahimi

 ??  ?? COMEL bergaya dengan Peplum Songket
Ayreena. PERSALINAN sesuai untuk majlis akikah.
COMEL bergaya dengan Peplum Songket Ayreena. PERSALINAN sesuai untuk majlis akikah.
 ??  ?? BATIK indah sedondon ibu dan anak.
BATIK indah sedondon ibu dan anak.
 ?? Abdul rasyid ??
Abdul rasyid
 ??  ??
 ??  ?? KURTA untuk anak lelaki.
KURTA untuk anak lelaki.
 ??  ?? KEBAYA Nyonya Ayrish.
KEBAYA Nyonya Ayrish.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia