Harian Metro

Burger gergasi gamit selera

-

Buntu memilih hidangan tengah hari? Cuba nikmati rasa enak burger Zinger KFC yang diberi sentuhan hebat keju mozarela bersama kepingan ayam pedas.

KFC Zinger Cheezilla adalah burger unik ciptaan terbaru yang dibawa khas untuk memenuhi pengalaman makan memuaskan. Burger gergasi ini menampilka­n kepingan keju mozarela bersama filet ayam kegemaran ramai dengan limpahan sos keju mayo KFC. Keenakanny­a pasti menggamit selera sesiapa saja.

Menurut Naib Presiden Kanan KFC Malaysia, Ling Mee Jiuan, burger Zinger sememangny­a sudah terkenal dalam kalangan penggemar ayam goreng KFC.

“Kini kami bawakan satu ciptaan burger yang tidak pernah diperkenal­kan sebelum ini. Zinger Cheezilla dibawakan khas buat mereka yang mengingink­an burger luar biasa dipenuhi sensasi keju dalam setiap gigitan,” katanya.

Jelas Ling, KFC kini masih mengekalka­n ayam goreng sebagai tarikan utamanya. Begitupun, ia tidak menghalang pasukannya untuk terus berinovasi dari masa ke semasa supaya dapat membawakan menu terbaik kepada orang ramai.

“Zinger Cheezilla adalah inovasi burger yang kami nantinanti­kan. Burger ini hanya boleh didapati dalam masa terhad. Jadi, jangan lupa untuk mencubanya sebelum terlambat!” katanya.

Menu a la carte burger ini boleh didapati pada harga bermula RM13.50. Pelanggan juga boleh memilih hidangan lengkap dengan kombo KFC Zinger Cheezilla yang dihidangka­n bersama KFC Crispier Fries serta Pepsi baru, daripada RM16.90.

 ??  ?? BURGER enak KFC Zinger Cheezilla.
BURGER enak KFC Zinger Cheezilla.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia