Harian Metro

Kereta Grab dijual penyamun RM1,000

-

Kuching: RM1,000. Itu nilai sebuah kereta Perodua Myvi milik seorang wanita yang juga pemandu Grab yang dilarikan penyamun pada 23 Mac lalu.

Kereta berkenaan ditemui sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak dalam serbuan di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Jalan Stephen Yong, di sini, jam 2.30 petang kelmarin.

Ketua JSJ Sarawak,

Datuk Dev Kumar berkata, pada jam 9.30 malam 23

Mac lalu, seorang pemandu Grab wanita berusia 45 tahun menerima pesanan penumpang menerusi aplikasi mudah alih e-hailing.

Penumpang terbabit meminta diambil dari sebuah rumah di Lorong 14, Jalan Stapok, di sini, untuk dihantar ke destinasi di pusat sukan di Jalan Stakan.

Bagaimanap­un, selepas tiba di destinasi, penumpang lelaki itu tibatiba meminta dihantar ke satu lokasi lain di Muara Tuang, konon untuk mengambil motosikaln­ya.

Dev berkata, sebaik melalui di hadapan sebuah kilang di Jalan Muara Tuang, jam 10 malam, suspek tiba-tiba mengeluark­an parang dan meletakkan­nya di leher mangsa sebelum mengarahka­n mangsa keluar dari kereta.

“Suspek kemudian melarikan diri dengan kereta Perodua Myvi mangsa. Turut dilarikan telefon bimbit dan dokumen peribadi mangsa.

“Mangsa kemudianny­a berjaya menahan sebuah kenderaan dan meminta dihantar ke Balai Polis Sekama untuk membuat laporan,” katanya.

Beliau berkata, pasukan petugas khas D9 JSJ Sarawak digerakkan untuk mengesan suspek dan kenderaan yang dicuri dan kira-kira jam 4 petang, pasukan terbabit membuat serbuan di sebuah hotel bajet di Tabuan Jaya.

“Suspek yang menyedari kehadiran polis bertindak melarikan diri melalui tingkap dan bersembuny­i di sebuah kedai berdekatan hotel bajet berkenaan, namun berjaya ditahan.

“Polis yang menggeleda­h bilik sewa suspek selepas itu menemui sebilah parang dan ketika disoal, suspek mengaku melakukan samun itu serta mengaku sudah menjual kereta mangsa di sebuah bengkel di Jalan Stephen Yong dengan harga hanya RM1,000,” katanya.

 ??  ?? KERETA yang dicuri ditemui anggota JSJ Sarawak di sebuah bengkel membaiki kenderaan.
KERETA yang dicuri ditemui anggota JSJ Sarawak di sebuah bengkel membaiki kenderaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia