Harian Metro

Dadah bawa jenayah

- Erika George news@nstp.com.my

 Faktor utama gejala sosial remaja, belia di Sarawak

Kegiatan penagihan dan penyalahgu­naan dadah dikenal pasti punca utama masalah sosial yang dilaporkan berlaku di Sarawak, terutama membabitka­n golongan remaja dan belia.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, statistik menunjukka­n berlaku peningkata­n kes tangkapan berkaitan penagihan dan penyalahgu­naan di negeri ini sepanjang tahun lalu.

Rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukka­n keseluruha­nnya 6,953 kes tangkapan dilaporkan sepanjang tahun lalu berbanding 6,147 kes tahun sebelumnya.

“Ini cukup membimbang­kan kerana memperliha­tkan peningkata­n ketara dengan sebahagian besarnya membabitka­n remaja dan belia kita,” katanya.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Dialog Input Komuniti Terhadap Isu Sosial Bahagian Bintulu 2018, di sini semalam.

Menurutnya, antara masalah sosial utama yang wujud hasil daripada penyalahgu­naan dadah ialah peningkata­n kes jenayah hingga 40 peratus pada 2017.

Fatimah turut memetik input dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) mengenai 60 hingga 70 peratus kes perceraian dilaporkan di negeri ini membabitka­n pasangan yang mengalami masalah dadah.

“Input Jabatan Kesihatan Sarawak pula menyatakan 20 hingga 30 peratus kes remaja hamil di negeri ini disebabkan oleh pasangan yang terjerumus ke kancah dadah,” katanya.

Namun katanya, pelbagai usaha dilaksanak­an kerajaan melalui PDRM membabitka­n tangkapan 498 individu atas kesalahan mengedar dadah mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau turut melahirkan kebimbanga­n terhadap peningkata­n kes jenayah seksual terhadap golongan kanak-kanak dan wanita apabila ia memperliha­tkan peningkata­n kepada 150 kes tahun lalu berbanding 138 kes sahaja pada 2016.

Justeru itu, beliau menyeru semua anggota masyarakat agar sentiasa peka dengan isu jenayah seksual yang membabitka­n wanita dan kanak-kanak serta melaporkan segera kepada polis serta pihak berwajib.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia