Harian Metro

Pura-pura tidur elak ditahan

-

Kota Kinabalu: Pura-pura tidur nyenyak sehingga memaksa anggota penguatkua­sa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) memecahkan pintu, ada pula yang berlakon kononnya tidak tahu diri positif dadah.

Itu antara gelagat dan alasan 148 penagih yang ditahan sepanjang operasi Perdana AADK selama 48 jam secara serentak di lapan daerah di seluruh Sabah serta Labuan yang berakhir semalam.

Daerah yang terbabit ialah Kota Kinabalu, Sandakan, Beaufort, Tawau, Keningau, Kudat, Ranau dan Tuaran.

Pengarah AADK Sabah, Bakri Bibi berkata, operasi dijalankan berdasarka­n aduan penduduk setempat itu menahan seramai 203 individu, namun hasil ujian saringan air kencing mendapati 148 penagih, termasuk lima wanita positif dadah.

“Tiga individu daripada yang ditahan gagal memberikan dokumen pengenalan diri yang sah dan mereka kemudian diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutny­a.

“Empat daripada yang ditahan adalah remaja berusia bawah 18 tahun, manakala selebihnya berusia 19 hingga 55 tahun,” katanya pada sidang media menerusi kenyataan dibacakan Penolong Pengarah Rawatan dan Pemulihan AADK Sabah, Kartina Ujin, semalam.

Bakri berkata, operasi membabitka­n 50 anggota dan pegawai bersama agensi penguat kuasa lain termasuk Polis Bantuan FELDA Umas di Tawau.

“Operasi kali ini mensasarka­n perumahan atas air, perkampung­an luar bandar dan kawasan penempatan perladanga­n. Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Penagih Dadah 1984 dan Seksyen 6(2) akta yang sama,” katanya.

Sementara

itu,

dalam operasi di Tanjung Aru, di sini, seorang pemandu van jenazah ditahan bersama adiknya selepas didapati positif dadah.

Kartina berkata, kedua-dua lelaki berusia 49 dan 46 tahun itu cuba mengelak daripada diperiksa dan enggan membuka pintu walaupun beberapa kali diketuk anggota penguat kuasa.

 ??  ?? KARTINA (tengah) ketika sidang media.
KARTINA (tengah) ketika sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia