Harian Metro

Buka semula laluan

- Recqueal Raimi cnews@nstp.com.my

 Kerja pembersiha­n tanah runtuh selesai petang semalam

Laluan utama ke Kampung Sayap di sini, dibuka semula kepada kenderaan petang kelmarin selepas ditutup akibat tanah runtuh menutupi permukaan jalan di dua lokasi di laluan terbabit, sejak Selasa lalu.

Difahamkan, runtuhan pertama lereng bukit setinggi 15 meter selesai dibersihka­n pagi semalam, manakala sisa runtuhan kedua iaitu setinggi 12 meter dibersihka­n petang hari sama.

Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Belud, Sadian Mindou berkata, kejadian itu berpunca akibat hujan lebat dan masalah saluran air tersumbat menyebabka­n air bertakung seterusnya berlaku runtuhan.

“Hal itu menyebabka­n kawasan atau lereng bukit menjadi lembut sebelum runtuhan di dua lokasi berbeza,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, kerja pembaikan dimulakan semalam iaitu sehari selepas kejadian disebabkan masalah jentera dan keselamata­n pekerja.

“Bagaimanap­un, kecekapan kontraktor menangani kejadian itu membolehka­n laluan berkenaan dibuka semula petang semalam (kelmarin),” katanya.

Sadian berkata, JKR terus memantau keadaan di lokasi kejadian memandangk­an keadaan cuaca tidak menentu ketika ini bagi mengelak runtuhan susulan.

“Kami juga menjalanka­n kerja pembersiha­n di saluran air tersumbat dan mengenal pasti punca masalah.

“Tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa membabitka­n penduduk, namun mereka diingatkan sentiasa peka terutama ketika melalui laluan bersebelah­an lereng bukit bagi mengelak kejadian tidak dijangka,” katanya.

 ??  ?? LALUAN utama ke Kampung Sayap, Kota Belud dibuka semula kepada pengguna kenderaan selepas ditutup akibat tanah runtuh.
LALUAN utama ke Kampung Sayap, Kota Belud dibuka semula kepada pengguna kenderaan selepas ditutup akibat tanah runtuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia