Harian Metro

Menghargai wira tak didendang

- Bersama Hilmi Isa

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seandainya aku boleh menyuruh seorang sujud kepada seseorang, maka aku akan perintahka­n seorang wanita sujud kepada suaminya.” (Hadis Riwayat atTirmidzi)

Seorang suri rumah tangga bukanlah golongan yang dipandang dalam masyarakat. Ibu bapa lebih berbangga bercerita mengenai anak mereka yang bekerja sebagai doktor, pensyarah dan sebagainya.

Apabila bercerita anak yang menjadi suri rumah, mereka berasa malu. “Apa kelas belajar tinggi-tinggi jadi suri rumah...”

Bagi masyarakat moden, suri rumah tidak membawa nilai ekonomi. Anak bekerja terutamany­a di sektor kerajaan boleh membuat pinjaman bagi memenuhi kehendak dan impian ibu bapa mereka.

Sebelum berbakti kepada orang lain, bukankah lebih utama berbakti kepada keluarga sendiri?

Bukankah lebih utama berbakti kepada suami sendiri? Kita sibuk di pejabat hingga lewat malam dengan membiarkan anak tanpa perhatian dan kasih sayang.

Ramai orang terlepas pandang peranan niat dalam mengumpul pahala. Setiap apa yang kita kerjakan menjadi medan meraih pahala termasukla­h menjadi suri rumah.

Setiap masakan yang dihidangka­n buat suami dan anak, ada pahala yang Allah SWT janjikan. Setiap kali kita menghantar dan mengambil anak di sekolah, setiap hari itu juga ada ganjaranny­a.

Begitu juga, setiap titis peluh mengemas rumah dan kesabaran menahan kerenah suami yang kepenatan pulang dari tempat kerja juga ada pahalanya yang menanti.

Buat ibu bapa, usah memandang kepada material saja. Suatu masa nanti apabila kita sakit, belum tentu anak bergaji besar dan berkelulus­an tinggi akan menjaga kita.

Dengan pangkat besar, tentu sekali tanggungja­wabnya juga besar dan sentiasa sibuk. Pada masa tua, dengan keadaan diri yang menghidap pelbagai penyakit, rumah dan kereta besar bukan lagi menjadi keutamaan.

Pada masa itu, ibu bapa hanya mengharapk­an perhatian dan kasih sayang daripada anak-anaknya. Satu hari nanti, anak yang tidak terpandang dalam keluarga itulah yang akan menjaga mereka.

Penulis bukannya mahu membahaska­n kerjaya mana lebih baik. Artikel ini ditulis bagi memberi penghargaa­n kepada kerjaya yang tidak terpandang di mata masyarakat moden iaitu suri rumah.

Kepada suri rumah, anda adalah wira yang tidak didendang. Bergembira­lah anda menuai pahala pada hari akhirat kelak.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka barang siapa mengharapk­an pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah kerjakan amal yang soleh. Dan janganlah ia sekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya.” (Surah al-Kahfi, ayat 110)

Penulis Perunding Psikologi Bahasa dan penulis buku

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia