Harian Metro

UBAT KANDANG BABI

BPF serbu kilang haram, tahan lima individu untuk siasatan lanjut

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin news@nstp.com.my

Sebuah kilang menghasilk­an ubat-ubatan haram, tiruan dan berbahaya untuk pasaran tempatan dan eksport di Kampung Selamat di sini, diserbu pihak berkuasa.

Bau busuk yang menusuk dihasilkan hampir 1,000 ekor babi diternak di kandang itu bukan satu masalah besar kepada kilang itu yang beroperasi sejak dua tahun lalu.

Kegiatan kilang itu terbongkar apabila sepasukan 80 pegawai Ibu Pejabat Bahagian Penguat Kuasa Farmasi (BPF) Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan Cawangan Penguat kuasa Farmasi (CPF) Kedah diketuai Timbalan Pengarah Cawangan Perisikan Operasi BPF KKM, Adnan Salimin menyerbu kilang itu jam 2 petang semalam.

Serbuan turut dibantu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Difahamkan, kegiatan sindiket yang menghasilk­an ubat-ubatan haram dan tidak berdaftar di lokasi itu dikesan susulan risikan berterusan dilakukan pihak BPF sejak lebih setahun lalu.

Jurucakap BPF berkata, kilang haram itu terletak kurang lima meter dari kandang babi dan dua kolam kumbahan najis haiwan itu yang menjadi punca bau busuk menyelubun­gi kawasan berkenaan.

Menurutnya, hasil serbuan, BPF menemui mesin dan beratus kotak besar berisi ubat-ubatan haram disembunyi­kan di dalam kilang yang ditutup dengan kepingan zink.

“Siasatan mendapati kebanyakan ubat-ubatan haram dihasilkan itu adalah untuk pasaran tempatan selain dieksport ke Kemboja, Vietnam dan Taiwan.

Sindiket dipercayai mendapatka­n sumber bahan mentah dari Taiwan dan China.

“Rampasan membabitka­n produk ubat-ubatan dicampur dengan kimia Corticoste­roid-dexamethas­one secara haram khusus untuk menghilang­kan sakit sendi, lenguh badan dan lutut.

“Malah hasil serbuan ini turut membongkar asal usul produk Air Ikan Haruan dan Air Haruan Ajaib yang diharamkan KKM sejak sekian lama. Produk yang dicampurka­n kimia steroid itu dikesan dihasilkan di kilang sama sebelum diedarkan ke seluruh negara.

“Kilang itu turut dikesan menyimpan ratusan ribu ubat papan mengandung­i kimia steroid antaranya jenama Makjun Istimewa, Makjun Ajaib dan pelbagai pil menghilang­kan sakit sendi.

“Malah siasatan turut menemui ubat sakit gigi palsu yang dihasilkan melalui kaedah penipuan terancang. Sindiket dikesan akan menghancur­kan pil penahan sakit sebelum diisi di dalam kapsul dan dijual sebagai ubat sakit gigi dengan jenama Cap Gaham.

“Selain itu, turut dirampas pelbagai pil antibiotik, ubat tahan sakit dan ubat selesema tidak berdaftar. Semua ubat-ubatan haram itu dikesan diedarkan ke seluruh negara terutama ke kedai runcit, premis menjual ubat-ubatan tradisiona­l dan toko jamu,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan lima individu termasuk empat pekerja kilang berkenaan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Difahamkan, sepanjang operasi dilakukan, pegawai KKM terpaksa menggunaka­n topeng muka berikutan bau busuk berpunca dari ladang dan kolam kumbahan babi bersebelah­an.

“Serbuan sama dijalankan terhadap lima gudang dan

tiga kedai ubat tradisiona­l di negeri ini. Hasilnya, sebanyak 253 jenis produk tidak berdaftar mengandung­i racun berjadual dianggarka­n bernilai lebih RM9 juta berjaya dirampas,” katanya.

Menurutnya, sesiapa yang didapati menyimpan, membekal dan menjual ubat-ubatan yang tidak berdaftar yang tidak dibenarkan boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 12 (1) Akta Jualan Dadah 1952, membawa hukuman denda sehingga RM25,000 atau hukuman penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kejayaan operasi ini sekaligus diyakini dapat mematahkan kegiatan membekalka­n ubat-ubatan haram tradisiona­l dan berbahaya di pasaran tempatan yang dilakukan sejak sekian lama,” katanya.

 ??  ?? ANTARA produk ubat haram yang dihasilkan.
ANTARA produk ubat haram yang dihasilkan.
 ??  ?? KANDANG babi yang terletak berdekatan dengan kilang ubat tiruan.
KANDANG babi yang terletak berdekatan dengan kilang ubat tiruan.
 ??  ??
 ??  ?? KOTAK besar berisi ubat-ubatan haram disembunyi­kan di dalam kilang yang diserbu.
ALAT dan mesin yang dirampas penguat kuasa dalam serbuan.
KOTAK besar berisi ubat-ubatan haram disembunyi­kan di dalam kilang yang diserbu. ALAT dan mesin yang dirampas penguat kuasa dalam serbuan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia