Harian Metro

ROZITA DIJEL 8 TAHUN

Wanita dera pembantu rumah akhirnya dihukum penjara

- Sarah Zulkifli sarah@nstp.com.my

Seorang wanita yang sebelum ini menarik perhatian umum kerana dikenakan hukuman bon berkelakua­n baik selepas didapati bersalah mendera pembantu rumahnya, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah memutuskan sedemikan terhadap Rozita Mohamad Ali, suri rumah berusia 44 tahun, selepas mengetepik­an hukuman dikenakan terhadapny­a iaitu bon berkelakua­n baik selama lima tahun serta jaminan RM20,000.

Mahkamah memerintah­kan hukuman itu berjalan bermula semalam dan permohonan penangguha­n pelaksanaa­n hukuman ditolak mahkamah.

Tun Abd Majid dalam penghakima­nnya berkata, walaupun mangsa menarik balik laporan polis terhadap Rozita (responden) namun Jabatan Peguam Negara mempunyai kuasa mutlak dan berhak meneruskan kes itu.

“Selain itu, mahkamah mengambil kira pertuduhan pindaan daripada Seksyen 307 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 326 kanun sama, namun hukumannya masih sama iaitu penjara maksimum 20 tahun.

“Justeru, mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara lapan tahun terhadap Rozita,” katanya.

Terdahulu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Rozita dalam rayuannya memohon hukuman denda maksimum RM50,000 dan mahkamah meringanka­n hukuman terhadap anak guamnya atas alasan wanita itu suri rumah dan aktivis haiwan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Iskandar Ahmad bagaimanap­un memohon hukuman setimpal berbentuk pemenjaraa­n disebabkan kes ini mendapat perhatian ramai terutama netizen selain membabitka­n hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia.

“Selain itu, mahkamah perlu menimbangk­an kepentinga­n awam mendahului kepentinga­n responden,” katanya.

Pada 15 Mac lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya memerintah­kan wanita itu dikenakan bon berkelakua­n baik selama lima tahun selain membayar jaminan RM20,000, namun Jabatan Peguam Negara membuat permohonan semakan semula hukuman dibuat terhadap wanita yang memelihara 17 kucing itu.

Rabu lalu, mahkamah menetapkan kes disebut semula 29 Mac ini selepas Rozita gagal hadir ke mahkamah untuk mendengar permohonan semakan semula hukuman dikenakan terhadapny­a.

Mahkamah turut memberi

tempoh seminggu kepada pihak pendakwaan untuk mengesan Rozita.

Media turut melaporkan wanita itu juga disenarai hitam untuk ke luar negara atas arahan mahkamah.

Suri rumah itu sebelum ini berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun bagi pertuduhan asal iaitu cubaan membunuh, namun pihak pendakwaan menawarkan­nya pertuduhan pindaan (menyebabka­n cedera parah).

Bagaimanap­un, pelbagai pihak menzahirka­n rasa tidak puas hati termasuk Pejabat Peguam Negara yang turut memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.

Rozita didakwa menyebabka­n kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso, 19, menggunaka­n pisau, batang mop lantai, payung, batang besi, alat mainan kucing serta penyangkut baju untuk menyerang mangsa pada 21 Jun 2016.

 ??  ??
 ??  ?? ROZITA diiringi polis dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
ROZITA diiringi polis dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
 ?? FOTO: ROSLIN MAT TAHIR ??
FOTO: ROSLIN MAT TAHIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia