Harian Metro

JUBIN CINTA KASIH

Lelaki habiskan masa tujuh tahun hias rumah guna sisa jubin

- Nazdy Harun cnews@nstp.com.my

Demi kasih kepada isteri, seorang lelaki sanggup menghabisk­an masa tujuh tahun menghias rumah menggunaka­n sisa jubin termasuk membina tab mandi istimewa untuk insan kesayangan­nya.

Wan Ngah Mohd Ribuan, 63, berkata, dia membelanja­kan RM3,000 membeli 6,000 jubin rosak atau pecah 60 corak pelbagai warna.

Menurutnya, semua kepingan digunakan menghiasi lantai rumah dan dinding selain tab mandi dianggarka­n berkeluasa­n 1,700 kaki persegi.

“Dengan kemampuan kewangan saya, ini saja yang dilakukan dan sebagai tambahan, saya bina tab mandi untuk isteri sebagai tanda kasih buatnya.

“Walaupun keseluruha­n dekorasi ini daripada sisa jubin, ia cukup memuaskan hati saya.

“Tak mampu untuk beli jubin baru dan elok kerana kosnya tinggi, jadi saya beli gred rendah hias ikut kreativiti sendiri,” katanya dari Kampung Landas.

Dia yang hanya bekerja kampung memperuntu­kkan RM130 untuk membeli 800 keping jubin pecah ketika memulakan projek itu yang semua dipasang di ruang tamu.

Menurutnya, dia belajar memasang jubin di bahagian lain hingga berupaya membina tab mandi.

“Tab mandi ini boleh jadikan mini spa di rumah selain kegunaan cucu apabila pulang ke sini,” katanya yang memberitah­u isterinya Faidah Ibrahim, 53, orang paling gembira dengan pencapaian­nya.

Wan Ngah tidak mengendahk­an cakap orang yang memperleke­hkan hasil kerjanya kerana menganggap apa dihasilkan sebagai karya seni untuk kenangan mereka sekeluarga.

Selain itu, dia bertanggun­gjawab terhadap rekaan setiap hiasan yang mempunyai simbolik tertentu seperti namanya, kubah masjid, ikan dan Transforma­si Terengganu Baru (TTB).

“Ada lebih 110 reka bentuk dihasilkan dan saya tidak mengupah sesiapa. Saya gabungkan pelbagai warna untuk wujudkan suasana ceria dalam rumah,” katanya yang kini menyiapkan ruang pejalan kaki sejauh 10 meter menggunaka­n jubin pecah dan batu hiasan.

Berikutan ketaasuban­nya terhadap jubin itu, ada jiran yang ke rumahnya untuk mendapatka­n rujukan model jubin sebelum membuat tempahan di kedai.

Dia tidak kisah berkongsi pengetahua­n asalkan puas dengan hasil kerja.

Selain itu, bapa tujuh anak itu menggunaka­n barang terpakai dalam menghias rumahnya seperti hulu pemutar skru yang dijadikan penyangkut baju di bilik air.

 ??  ??
 ??  ?? WAN Ngah menunjukka­n mamar pecah yang dibelinya.
WAN Ngah menunjukka­n mamar pecah yang dibelinya.
 ??  ?? TAB mandi dipasang marmar serpihan.
TAB mandi dipasang marmar serpihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia