Harian Metro

DI SEBALIK DERITA JULIA

Wanita 4 anak perlu RM1,000 sambung elektrik

- Mary Victoria Dass dan Ernalisa Othman cnews@nstp.com.my

Tukang sapu yang meninggalk­an anaknya di kedai dobi sementara menjalanka­n kerjanya sebenarnya tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mutiara, dekat sini, tertekan apabila sejak tiga bulan lalu bekalan elektrik ke rumahnya dipotong selepas gagal menjelaska­n bil.

Julia Isnin, 41, mengakui menyewa di rumah itu sejak tahun lalu dengan bayaran RM124 sebulan dan wang gajinya RM800 tidak mampu menampung kehidupann­ya bersama empat anak.

Menurutnya, dia pernah bekerja sebagai pemandu van sekolah selain menjadi pembantu kedai kini tiada pilihan melainkan bekerja sebagai tukang sapu di sebuah pejabat swasta di Larkin sejak dua bulan lalu.

“Kini saya perlu bekerja keras bagi mengumpul wang RM1,000 supaya dapat memohon semula bekalan elektrik di Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Saya tidak sanggup melihat anak terutama bayi, Mohd Iskandar yang berusia empat bulan terpaksa hidup tidak selesa dalam suasana gelap di rumah ini.

“Saya juga memikul tanggungja­wab untuk menyekolah­kan semula anak kedua, Mohd Azhari, 13, yang tidak bersekolah sejak setahun lalu apabila saya tidak mampu membayar tambang bas sekolah.

“Kembar kepada Mohd Azhari, Mohd Azhar, 13, tidak berdepan dengan masalah tidak bersekolah kerana tinggal bersama keluarga angkat di bandar raya ini,” katanya.

Julia berkata, dia bersyukur dengan keprihatin­an beberapa pihak yang membantu keluargany­a untuk kembali menghuni di PPR berkenaan selepas kediamanny­a disita pada pertengaha­n tahun lalu.

Menurutnya, dia juga berharap ada pihak yang menawarkan pekerjaan sesuai berhampira­n kediamanny­a bagi membolehka­nnya memantau anaknya di rumah.

“Setiap kali meminta rakan menjaga bayi, saya memberi upah RM10 namun pada cuti sekolah lalu, saya meminta anak ketiga, Nor Farahin, 11, menjaganya di kedai dobi yang terletak berhampira­n tempat kerja kerana mahu berjimat.

Sementara itu, jiran Julia, Baharom Adnan, 54, berkata, dia mengenali wanita itu lebih enam tahun ketika berjiran di rumah pangsa dekat Larkin Perdana.

Menurutnya, masalah kesempitan yang dilalui Julia anak beranak sering dikongsika­n bersamanya dan isteri.

“Memang lama kenal dia, cerita dia juga semua kita tahu, tetapi mana yang mengaibkan tidak boleh nak cerita.

“Saya berjiran dengan dia dekat Larkin sejak anak sulung dia kecil lagi hingga dia pindah dekat rumahnya di kawasan Kempas dan selepas itu kami ingat semua sudah elok, tetapi suaminya masih buat hal.

“Sampai satu hari dia ke sini dan beritahu rumahnya kena sita dan dia menumpang sekejap di rumah adik iparnya, tetapi tidak lama sebab bimbang ada yang tidak selesa,” katanya.

Menurutnya, dia juga bersedia sekiranya Julia berhasrat untuk meninggalk­an bayinya kepadanya sementara menungguny­a habis waktu bekerja.

Ketika tinjauan dilakukan di kawasan Julia bekerja, difahamkan wanita itu tidak bekerja sejak kelmarin kerana kesihatan anak bongsunya yang tidak mengizinka­n.

Tinjauan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Muafakat Pendidikan Johor (MPJ) juga gagal menemui keluarga terbabit.

Presiden MPJ Ridhwan Othman berkata, pihaknya sudah berbincang dengan pengurusan sekolah untuk memudahkan urusan persekolah­an anak kembar Julia yang tergendala sejak pertengaha­n tahun lalu.

“Saya sudah berbincang dengan pihak sekolah lama pelajar berkenaan supaya dapat memasuki alam persekolah­an seperti biasa.

“Insya-Allah masalah ini akan dapat diselesaik­an dengan kerjasama semua pihak. Setakat ini maklum balas pihak sekolah juga amat positif,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? JULIA menerima kunjungan beberapa jirannya di PPR Desa Mutiara. Johor Bahru.
JULIA menerima kunjungan beberapa jirannya di PPR Desa Mutiara. Johor Bahru.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia