Harian Metro

TEH TARIK ‘TAUKE GILA’

Promosi ‘tauke gila’ pikat kunjungan pelanggan

- Mohd Sharumnish­am Shahbudin cnews@nstp.com.my

Pernah digelar ‘tauke gila’ oleh rakan dan pelanggan namun ia tidak mematahkan semangat seorang peniaga untuk menjual teh tarik pada harga 20 sen segelas.

Peniaga terbabit, Ahmad Thalhaah Ahmad Sabri, 36, berkata, dia menganggap gelaran itu gurauan serta cabaran untuk melaksanak­an niat menjual minuman semurah itu di gerainya di Taman Pelangi, di sini.

“Ramai terkejut apabila saya mula-mula memperkena­lkan harga itu awal tahun lalu sehingga ada yang gelar saya tauke gila.

“Sebenarnya harga istimewa ini hadiah kepada pelanggan yang banyak menyokong perniagaan saya selama ini,” katanya ketika ditemui Gerai Pak Usop, di sini, semalam.

Ahmad Thalhaah berkata, walaupun hanya 20 sen, dia menjaga kualiti teh tarik yang dijual setanding rasa di tempat lain dan tidak menggunaka­n gula sebagai pemanis tambahan.

Bagaimanap­un, katanya, teh tarik 20 sen itu hanya ditawarkan setiap hari bermula jam 6 sehingga 9 pagi dan selepas itu harganya kembali ke RM 1.

“Pada waktu (menjual teh tarik dengan harga murah) itu, gerai ini memang menjadi tumpuan, terutama dalam kalangan kakitangan awam kerana gerai saya berhampira­n Kompleks Penyiaran Kedah, selain turut dikunjungi penduduk.

“Setiap hari hampir 300 gelas teh tarik laku. Setiap Rabu, saya benarkan pelanggan beli teh tarik pada harga ini untuk dibawa pulang dengan bekas sendiri,” katanya.

Ahmad Thalhaah mengambil alih perniagaan gerai itu daripada Allahyarha­m bapa mentuanya, Mohd Yusof Saad atau lebih dikenali sebagai Pak Usop yang meninggal dunia enam tahun lalu.

Pada mulanya, Ahmad Thalhaah bercadang membuat promosi menjual teh tarik 20 sen itu sehingga penghujung Mac saja, tetapi atas permintaan pelanggan harga itu dilanjutka­n sehingga hujung tahun.

Ia tawaran kali ketiga daripada bapa dua anak itu dan sebelum ini harga teh tarik murah itu berlangsun­g sekitar sebulan saja.

Gerai yang dibuka sehingga jam 12 tengah malam diusahakan Ahmad Thalhaah itu turut terkenal dengan nasi ayam Hainan yang dijual pada harga RM4.

Ahmad Thalhaah berkata, dia menghabisk­an 55 ayam sehari untuk dijual di gerainya dan turut menerima tempahan dari masjid untuk majlis kenduri tahlil.

Katanya, untuk tempahan masjid, dia cuma mengenakan harga RM2 tanpa mengurangk­an saiz hidangan.

 ??  ??
 ??  ?? GERAI Pak Usop milik Ahmad Thalhaah menjadi tumpuan ramai.
GERAI Pak Usop milik Ahmad Thalhaah menjadi tumpuan ramai.
 ??  ?? AHMAD Thalhaah menunjukka­n hidangan nasi ayam hainan dan teh tarik yang dijual di gerainya.
AHMAD Thalhaah menunjukka­n hidangan nasi ayam hainan dan teh tarik yang dijual di gerainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia