Harian Metro

‘Saya bukan Datin atau Puan Seri’

-

Shah Alam: “Saya tidak mempunyai apa-apa gelaran, Datin atau Puan Seri,” demikian jawapan ringkas Rozita Mohamad Ali, 44, ketika disoal pemberita sebelum prosiding bermula di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Rozita yang memakai pakaian serba hitam itu yang duduk bersendiri­an di galeri awam menjawab soalan diajukan dan turut mengukir senyuman.

Wanita yang memelihara 17 kucing itu dilihat tenang sepanjang prosiding permohonan semakan hukuman terhadapny­a yang dikenakan bon berkelakua­n baik selepas didapati bersalah mendera pembantu rumahnya, dua tahun lalu.

Selepas Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah menjatuhka­n hukuman penjara lapan tahun terhadapny­a, Rozita masih dilihat tenang di kandang tertuduh seperti tiada apa yang berlaku.

Prosiding permohonan semakan hukuman dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Mohd Iskandar Ahmad manakala Rozita diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla mengambil masa tiga jam.

Rozita kemudian diiringi polis mahkamah untuk dibawa ke Penjara Kajang bagi pelaksanaa­n hukuman bermula semalam.

Ini berikutan penangguha­n pelaksanaa­n hukuman yang dimohon Mohamed Haniff Khatri tidak dibenarkan.

Terdahulu, Rozita tiba di Kompleks Mahkamah Shah Alam jam 8.55 pagi bersama peguamnya.

Pihak media mulai memenuhi pekarangan mahkamah sejak jam 7.30 pagi untuk menantikan kemunculan Rozita yang sebelum ini tidak hadir ke mahkamah bagi permohonan semakan semula kes dihadapiny­a.

Sebelum ini, media melaporkan Rozita mempunyai gelaran Datin dan difahamkan suaminya pegawai tentera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia