Harian Metro

TAK PERASAN RUMAH TERBAKAR

- Cnews@nstp.com.my

Jeritan jiran menyelamat­kan tiga beranak daripada menjadi mangsa kebakaran di rumah mereka di Kampung Hilir Sessang, di sini, semalam.

Ketika kejadian jam 11.30 pagi, mangsa yang hanya dikenali sebagai Silah, 46, dikatakan sedang leka memasak.

Dua anak lelakinya yang masing-masing berusia 18 dan lima tahun berada di dalam bilik, manakala suaminya Udin Li, 52, bekerja di ladang sawit.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Hilir Sessang, Isaha Suhai berkata, Silah dan dua anaknya hanya menyedari rumah mereka terbakar selepas dikejutkan beberapa jiran.

“Mujur ada jiran yang menyedari kejadian itu dan terus menjerit serta menyerbu ke rumah seterusnya membawa ketiga-tiga mangsa keluar,” katanya semalam.

Isaha berkata, kejadian itu menyebabka­n rumah didiami keluarga terbabit sejak enam tahun lalu musnah dalam tempoh 20 minit.

Beliau berkata, sementara menunggu kehadiran anggota bomba, penduduk kampung berusaha membantu memadam kebakaran, namun gagal menyelamat­kan kediaman berkenaan.

“Cuaca panas dan berangin menyebabka­n api merebak pantas hingga barangan milik keluarga itu gagal diselamatk­an,” katanya. Difahamkan, Silah mengalami masalah penglihata­n, manakala salah seorang anaknya adalah orang kurang upaya (OKU) dan bersekolah di sekolah rendah di Sessang.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kabong, Kamaludin Alkap berkata, pihaknya berusaha membantu meringanka­n beban keluarga terbabit.

“Saya dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir akan berjumpa keluarga mangsa untuk mengenal pasti keperluan termasuk membincang­kan bantuan untuk penempatan sementara mangsa,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an sumbangan bagi meringanka­n beban yang dihadapi keluarga terbabit boleh menyumbang ke akaun Bank Simpanan Nasional

Suri rumah leka memasak bersama dua anak nyaris jadi mangsa api

13129-29-00016247-7 milik anak mangsa, Aunie Aqwa Udin.

 ??  ?? PENDUDUK kampung membantu selamatkan rumah mangsa yang terbakar di Kampung Hilir Sessang.
PENDUDUK kampung membantu selamatkan rumah mangsa yang terbakar di Kampung Hilir Sessang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia