Harian Metro

Hospital jawab jururawat dikasari

-

Kuala Lumpur: Tuduhan melulu tanpa usul periksa. Itu yang berlaku apabila seorang jururawat Hospital Langkawi ‘diserang’ dan dikasari kerana didakwa tidak memberi layanan sepatutnya pada pesakit.

Lebih memburukka­n keadaan apabila kejadian itu menjadi tular di laman sosial Facebook hingga menyebabka­n pihak pengurusan Hospital Langkawi dikecam nitizen.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, video terbabit dimuat naik pada akaun Muhammad Izat Marican sebelum tular daripada kumpulan Facebook Langkawi Sana Sini sehingga mencapai ribuan kongsian dan like.

“Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah memandang serius terhadap dakwaan tidak berasas dikemukaka­n melalui FB Langkawi Sana Sini bahawa Hospital Langkawi paling teruk di dunia. Tiada Dr dalam Dewan bersalin adalah keterlalua­n, berunsur fitnah dan tidak benar.

“Pihak pengurusan Hospital Langkawi dan jururawat yang dikasari dalam video berkenaan sudah membuat laporan polis dan akan berhubung lanjut dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Negeri dan Balai Polis Padang Matsirat, Langkawi supaya mengambil tindakan sewajarnya berdasarka­n akta sedia ada,” katanya, semalam.

Beliau berkata, siasatan pihaknya mendapati seorang wanita mengandung 37 minggu hadir ke Dewan Bersalin Hospital Langkawi jam 2:20 pagi kelmarin, bersama suami untuk membuat pemeriksaa­n kerana mengalami sakit seperti hendak bersalin.

“Dia diperiksa jururawat bertugas terlebih dulu dan beberapa ujian dibuat termasuk ujian air kencing dan cardiotoco­graphy (CTG). Pemeriksaa­n awal mendapati kes wanita itu bukanlah kes kecemasan, namun mempunyai beberapa faktor risiko yang perlu diperiksa oleh pegawai perubatan serta Pakar Perbidanan dan Sakit Puan,” katanya.

Norhizan berkata, pegawai perubatan serta Pakar Perbidanan dan Sakit Puan yang bertugas atas panggilan menghadiri kes kecemasan di dewan pembedahan bagi mengendali­kan kes ibu selepas bersalin yang mengalami tumpah darah untuk diberi rawatan pembedahan segera sebelum selesai jam 4.52 pagi.

“Pesakit dan waris perlu memahami sistem tugasan pakar di hospital yang bekerja atas panggilan selepas waktu pejabat kerana sistem diguna pakai di hospital sama ada pakar dan bukan pakar seperti perkhidmat­an waktu pejabat iaitu keutamaan sentiasa diberi bagi kes kecemasan.

“Individu yang merakam video itu dipercayai suami kepada wanita hamil terbabit dan dia memarahi dan mengasari jururawat berkenaan secara lisan selain bertindak merakam perbuatan itu.

“Bagaimanap­un, syabas diucapkan kepada jururawat terbabit yang cekap dan tenang mengendali­kan individu berkenaan,” katanya.

 ??  ?? RAKAMAN video yang viral mendakwa jururawat Hospital Langkawi tidak memberi layanan sepatutnya pada pesakit.
RAKAMAN video yang viral mendakwa jururawat Hospital Langkawi tidak memberi layanan sepatutnya pada pesakit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia