Harian Metro

Himpunan Robobug tarik minat pelajar bidang STEM

-

teknologi untuk pengunjung terutama pelajar.

Menurutnya, penganjura­n minggu sains buat kali pertama itu akan menggunaka­n tema Negaraku Berinovasi dan pelbagai bentuk pameran turut disediakan di PSN sebagai lokasi rasmi minggu berkenaan.

“Minggu Sains Negara itu acara julung kali diadakan di negara ini dan program berkenaan berlangsun­g bukan sahaja di PSN, tetapi di seluruh negara.

“Ia hasil inisiatif MOSTI untuk menarik minat murid serta pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) yang menjadi teras kepada kemajuan di peringkat global,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Mismah berkata, MOSTI juga mencadangk­an April menjadi bulan Minggu Sains Negara pada setiap tahun dan diharap langkah itu dapat menarik minat murid dan pelajar untuk mendalami bidang STEM secara lebih serius.

Beliau berkata, minggu sains itu akan dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, esok.

“Berhubung pengumpula­n terbesar Robobug pula, ia hasil ciptaan pelajar sekolah menggunaka­n bahan yang mudah didapati seperti klip kertas.

“Pengumpula­n Robobug ini kita lakukan sejak Mac dan PSN mahu pelajar sekolah mampu mencipta sebuah robot mini menggunaka­n litar yang ringkas serta bahan terpakai.

“Kaedah itu dapat menarik minat mereka untuk lebih mendalami bidang STEM terutama dalam aspek inovasi sejajar dengan visi kerajaan mencapai negara maju tidak lama lagi,” katanya.

 ?? Mismah ?? PSN mahu pelajar sekolah mampu mencipta sebuah robot mini menggunaka­n litar yang ringkas”
Mismah PSN mahu pelajar sekolah mampu mencipta sebuah robot mini menggunaka­n litar yang ringkas”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia