Harian Metro

Ayda terharu

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Pelakon Ayda Jebat mengaku terharu dan terkejut apabila dihujani mesej daripada peminat yang menangis menyaksika­n telefilem lakonannya berjudul Aku Nazmi di slot cerekarama di TV3, kelmarin.

Ayda berkata, dia bersyukur apabila telefilem terbitan JS Pictures Sdn Bhd turut sohor kini di Twitter.

“Alhamdulil­ah, saya bersyukur dengan sambutan diberikan peminat. Saya tak sangka sambutanny­a sebegini hebat.

“Saya menerima mesej daripada peminat, rakan, pengarah dan kru produksi yang mengucapka­n tahniah kerana bawa watak berat.

“Bukan saya menjadikan watak ini sempurna, tetapi kru produksi yang bekerja keras bagi memastikan ia berjaya,” katanya.

Menurut Ayda, berpeluang melakonkan watak gadis bisu dan pekak adalah pengalaman yang tidak mungkin dilupakan.

“Watak ini susah sebab kena belajar bahasa isyarat. Saya mengikuti kelas disediakan penerbit Sheila Rusly selama 10 hari. Sepanjang

 Peminat saksi telefilem Aku Nazmi titiskan air mata

tempoh itu, boleh dikatakan setiap hari menangis.

“Lebih sukar kerana pada masa sama perlu ada reaksi wajah. Kalau setakat isyarat tangan, itu boleh dihafal. Ini pertama kali saya melakonkan watak sebegini.

“Saya menghargai sokongan penonton. Ternyata penceritaa­n yang cuba disampaika­n diterjemah dengan sempurna,” katanya.

Telefilem arahan Jinggo ini dibintangi Jay Iswazir, Dayana Roza dan Sheila Rusly.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia