Harian Metro

Redah ‘hutan’ dekati pelajar Orang Asli

-

Slim River: Seramai 32 guru dan ahli keluarga warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Slim meredah perjalanan sejauh 50 kilometer di kawasan Banjaran Titiwangsa untuk mendekati dan mendalami kehidupan masyarakat Orang Asli di Pos Tenau, Ulu Slim, dekat sini.

Ia sempena Program Jauh di Mata Dekat di Hati selama dua hari bermula kelmarin dan berakhir semalam yang dianjurkan pihak sekolah.

Antara aktiviti dijalankan ialah mengadakan acara gotong-royong, kunjungan dari rumah ke rumah, memberikan motivasi kepada ibu bapa dan pelajar serta mengadakan program melukis keindahan flora dan fauna di kampung berkenaan.

Program bersama 500 penduduk daripada suku kaum Semai itu turut disertai Pengetua SMK Slim, Nor Azmi Murad. Penyelaras program merangkap Guru Kanan Kemanusiaa­n, Mohamad Yusof Mohamad Noor berkata, program itu dilaksanak­an bagi mengguna pakai konsep Komuniti Pembelajar­an

Profesiona­l (PLC) yang diperkenal­kan Kementeria­n Pendidikan.

Katanya, dalam PLC, guru harus komited secara kolaborati­f dan berterusan dalam membuat soal selidik atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi lebih baik untuk pelajar.

“Program ini juga membolehka­n guru memahami sosiobuday­a dan ekonomi serta gaya kehidupan masyarakat Orang Asli kerana ada anak mereka yang belajar di SMK Slim dan ini akan memberi panduan kepada guru ketika mengajar dalam kelas,” katanya.

 ??  ?? GURU SMK Slim bersama murid Orang Asli sempena Program Jauh di Mata Dekat di Hati di Pos Tenau.
GURU SMK Slim bersama murid Orang Asli sempena Program Jauh di Mata Dekat di Hati di Pos Tenau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia