Harian Metro

Prinsip paling molek

- Haika Khazi, Mohd Iskandar Ibrahim dan Nor Ain Mohamed Radhi cnews@nstp.com.my

 Najib mahu pertubuhan politik contohi konsep dunia silat

dan sabotaj.

“Apabila saya menuntut kesetiaan dan wala’, bukan atas nama peribadi, bukan atas nama Najib Razak, tetapi atas nama pemimpin utama Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Himpunan Raksasa Guru-Guru Silat Negara 2018 di sini, semalam.

Turut hadir Presiden Persekutua­n Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Tan Sri Mohd Ali Rustam dan Setiausaha Agung PESAKA, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Najib berkata, prinsip lain yang terkandung dalam dunia persilatan seperti semangat kental, berhati waja ketika berdepan musuh dan disiplin yang tinggi perlu dihayati sepenuhnya bagi memastikan perpaduan orang Melayu menjadi lebih kukuh.

“Inilah yang akan menentukan zaman kegemilang­an kita. Walaupun ada kuasa dan memegang tampuk kepemimpin­an, tetapi dalam sistem demokrasi Parlimen setiap lima tahun, kita kembalikan kepada rakyat dan mereka menentukan untung nasib pihak yang akan diberi kepercayaa­n untuk memegang tampuk pemerintah­an negara,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menempelak seorang pemimpin berusia 93 tahun yang sanggup menggadaik­an prinsip dan janji sehingga menjadi ‘Melayu mudah lupa’ pada dirinya sendiri.

“Kita diajar prinsip kesetiaan dan wala’ serta dididik dengan nilai perjuangan, tetapi malangnya ada pula pemimpin berusia 93 tahun sanggup melanggar prinsip dan janjinya sendiri sehingga menjadi ‘Melayu mudah lupa’ pada dirinya sendiri.

“Kini berpakat pula dengan DAP, parti yang dulu beliau cukup benci serta musuhi. Soalnya siapa nak mempertaha­nkan pesilat dan dunia persilatan. Soal itu tuan puan...fikir siapa sebelah sini atau sebelah sana,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan akan menyumbang kepada pembinaan Kompleks Silat Negara yang lokasinya akan ditentukan nanti sebagai menghargai dunia persilatan negara.

Kerajaan juga meluluskan geran tahunan kepada PESAKA untuk menjalanka­n aktiviti dan menjaga kebajikan guru serta pesilat di bawah naungannya.

 ??  ?? NAJIB beramah mesra bersama orang ramai pada Majlis Himpunan Raksasa Guru-Guru Silat Negara 2018, semalam
NAJIB beramah mesra bersama orang ramai pada Majlis Himpunan Raksasa Guru-Guru Silat Negara 2018, semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia