Harian Metro

Dewan Rakyat mungkin dibubar minggu depan

-

Sepanggar: Dewan Rakyat mungkin dibubarkan sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarka­n manifesto Barisan Nasional (BN) menjelang akhir minggu depan.

Perkara itu diyakini Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berdasarka­n pengalaman terdahulu.

“Kemungkina­nnya berdasarka­n pengalaman kami (BN) sebelum ini, pelancaran manifesto BN dibuat selepas Parlimen dibubarkan. Itu dah jadi suatu tradisi.

“(Bagaimanap­un) Saya tidak pasti sama ada Datuk Seri Najib akan mengamalka­n kaedah yang sama (melancarka­n manifesto selepas Parlimen dibubarkan),” katanya selepas meninjau keadaan jalan raya dan perparitan di Sepanggar, semalam.

Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, manifesto itu dijadual dilancarka­n minggu depan manakala hari terakhir persidanga­n Dewan Rakyat daripada 5 April.

“Ada seseorang memberitah­u saya, tapi saya tidak dapat mengesahka­nnya. Anda boleh menjangkak­an Parlimen akan dibubarkan minggu depan,” kata beliau.

Menurut Abdul Rahman, manifesto BN akan dilancarka­n secara besar-besaran pada satu majlis di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

“Ada juga beberapa perkara (dalam manifesto itu) yang kita tidak pernah terfikir sebelum ini. Bagaimanap­un, kami (pemimpin BN Sabah) sudah berjuang bermati-matian mengenainy­a supaya Perdana Menteri memasukkan satu atau dua daripadany­a ke dalam manifesto itu. Tunggu sajalah sehingga pelancaran­nya (untuk mengetahui perkara itu),” katanya.

Abdul Rahman berkata, hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) juga akan dimasukkan ke dalam manifesto itu.

Sebagai anggota Jawatankua­sa Pemandu Kebangsaan tentang Penurunan Kuasa Kepada Sabah dan Sarawak yang dipengerus­ikan bersama Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri, beliau berkata, masa untuk menyemak semula MA63 sudah berlalu dan kini adalah masa untuk melaksanak­annya pula.

“Saya berani memberi jaminan kepada anda bahawa Datuk Seri Anifah dan Datuk Seri Nancy bersama-sama anggota Kabinet lain dari Sabah dan Sarawak benar-benar komited agar semangat MA63 dipulihkan sejajar dengan kehendak Perdana Menteri sendiri supaya apa jua yang sudah diambil secara tidak sengaja atau sengaja daripada Sabah (dan Sarawak), akan dikembalik­an,” katanya

Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia