Harian Metro

Penagih dadah meningkat 8%

- Mohd Nazllie Zainul news@nstp.com.my

Seramai 1,047 penagih dikesan di seluruh negeri ini sepanjang tahun lalu sekali gus meningkat sebanyak lapan peratus berbanding tahun sebelumnya.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ia meletakkan Sabah pada kedudukan ke-10 menurut senarai jumlah penagih dikesan mengikut negeri.

“Negeri paling ramai mencatatka­n jumlah penagih dikesan sepanjang tahun lalu adalah Pulau Pinang dengan 3,844 orang.

“Kelantan pula berada pada kedudukan kedua iaitu 3,700 orang manakala Kedah ketiga tertinggi dengan jumlah 2,655 orang.

“Negeri keempat dikesan mempunyai bilangan penagih ramai ialah Selangor dan diikuti Johor kelima dengan jumlah masing-masing ialah 2,375 dan 2,108 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Program Sunday Family Ride di sini, semalam.

Program yang diadakan di Taman Awam Teluk Likas itu disempurna­kan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Hadir sama Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Jainab Ahmad Ayid merangkap Naib Presiden Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Joannes Solidau.

Seramai 451 peserta menyerai program kayuhan sejauh 66 kilometer itu menerusi empat kategori iaitu terbuka, veteran, junior dan wanita.

Menurutnya, walaupun statistik di Sabah tidak menunjukka­n jumlah besar berbanding negeri lain tetapi usaha berkaitan membantera­s jenayah dadah harus diperhebat bagi memastikan tidak ada masyarakat khususnya generasi muda terjerumus dengan najis dadah.

Beliau juga meminta orang awam terutama keluarga dan rakan rapat individu yang pernah terbabit dalam kes penyalahgu­naan dadah supaya memberi sokongan dan dorongan kepada golongan itu untuk meneruskan hidup dengan melakukan pelbagai aktiviti positif.

“Hal ini penting agar mereka tidak kembali kepada tabiat lama dan berasa diri mereka turut dihargai oleh orang sekeliling,” katanya.

 MCPF senarai Sabah negeri ke-10 jumlah penagih

 ??  ?? MUSA hadir pada Program Sunday Family Ride di Taman Awam Teluk Likas, Kota Kinabalu.
MUSA hadir pada Program Sunday Family Ride di Taman Awam Teluk Likas, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia