Harian Metro

Sasar lebih ramai usahawan PKS

-

Sarawak menyasarka­n lebih ramai usahawan atas talian bakal dilahirkan di negeri itu terutama membabitka­n perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Ia susulan inisiatif kerajaan negeri memperkena­lkan Dasar Ekonomi Digital dengan memanfaatk­an kecanggiha­n bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, perkembang­an ICT mewujudkan konsep dunia tanpa sempadan yang memberi banyak kelebihan kepada usahawan PKS.

“Ini termasuk mewujudkan pasaran lebih meluas bagi produk dan perkhidmat­an ditawarkan melalui platform digital yang seharusnya dimanfaatk­an oleh usahawan kita,” katanya

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Online Networking Entreprene­urs (ONE) SSM 2018 di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM Datuk Zahrah Abdul Wahab Fenner.

Sementara itu, Awang Tengah mengumumka­n peruntukan sebanyak RM1 juta oleh Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) bagi membantu usahawan baharu di negeri itu bagi memulakan perniagaan masing-masing.

Menurutnya, ia sebahagian daripada agihan dana RM10 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini bagi membantu usahawan baru di seluruh negara.

“Kita berharap peruntukan ini dapat membantu membangunk­an perusahaan dan perniagaan para usahawan baru kita, sekali gus mengembang­kan lagi industri kecil dan sederhana (IKS) di Sarawak.

“Ini termasuk meningkatk­an lagi penyertaan mereka terutama dalam kalangan belia menceburi bidang perniagaan atas talian bagi mendokong Dasar Ekonomi Digital diperkenal­kan kerajaan,” katanya.

Bagaimanap­un, Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n

Perindustr­ian dan

Usahawan Sarawak berkata, peruntukan RM1 juta kepada Sarawak masih belum mencukupi untuk membantu usahawan baru di negeri itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia