Harian Metro

Ubah ikut zaman

- Kristy Inus kristy@nstp.com.my

 Pemandu teksi perlu menjadikan e-hailing sebagai peluang

Perkhidmat­an teksi perlu berubah mengikut zaman dengan pemandu teksi perlu menjadikan e-hailing sebagai peluang dan bukan ancaman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, hakikat perlu diterima bahawa trend tempahan perkhidmat­an teksi sudah berubah dan tidak seperti 10 tahun lalu.

“Rakyat kini mempunyai lebih pilihan untuk perkhidmat­an pengangkut­an dari pintu ke pintu...walaupun ada pengguna yang memilih e-hailing, ini tidak bermakna teksi sudah tidak relevan.

“Saya juga menggalakk­an penyedia perkhidmat­an e-hailing untuk memberi tumpuan yang lebih untuk membawa pemandu teksi menyertai platform mereka,” katanya di majlis Makan Malam dan Ramah Mesra anjuran

Koperasi Kakitangan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sabah, malam kelmarin.

Menurutnya, berbeza dengan pemandu e-hailing kerana pemandu teksi konvension­al yang menyertai konsep itu mendapat akses kepada kedua-dua perkhidmat­an e-hailing dan

Katanya, ia tidak dapat dinikmati pemandu e-hailing kerana perkhidmat­an mereka hanya terhad kepada mengambil dan menurunkan penumpang di satu-satu tempat yang ditetapkan.

“Setakat ini sebanyak 22 penyedia perkhidmat­an e-hailing terdapat di Malaysia dengan pelbagai jenama.

“Saya juga mengingatk­an LPKP Sabah supaya lebih proaktif untuk mengemas kini maklumat Program Transforma­si Industri Teksi (TITP) kepada pemandu teksi termasukla­h memberi penjelasan kepada mereka yang kurang memahami konsep tersebut,” katanya.

Menurutnya, TITP meletakkan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai keutamaan dengan menyelesai­kan isu struktur yang sudah lama melanda industri teksi.

Katanya, beliau beberapa kali bertemu pengusaha dan pemandu teksi bagi menjelaska­n maklumat sebenar mengenai e-hailing dan bagaimana TITP dapat membuka lembaran baru kepada mereka melalui inisiatif yang disediakan.

“Saya dapati kebanyakan pemandu teksi yang saya temui sebenarnya tidak menerima maklumat mengenai perkhidmat­an e-hailing dan ada juga yang kurang pengetahua­n tentang TITP,” katanya. Kerajaan negeri berusaha menjadikan perairan Kuala Sibuti di sini, sebagai destinasi pelanconga­n berasaskan aktiviti memancing selain tarikan untuk aktiviti selam skuba di Sarawak.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan negeri Datuk Lee Kim Shin berkata, kewujudan taman laut di kawasan itu menjadikan perkampung­an nelayan Kuala Sibuti antara destinasi popular kepada pemancing terutama ketika hujung minggu.

Menurutnya, ramai pelancong dari China yang pernah memancing di kawasan perairan itu datang semula ke situ kerana puas apabila dapat ‘menaikkan’ ikan yang bersaiz besar.

“Bukan saja kawasan perairan lautnya kaya ikan bersaiz besar, malah dua muara sungai di situ seperti Sungai Niah dan Sungai Suai kaya dengan ikan siakap putih yang menjadi buruan pemancing.

“Banyak tukun tiruan sudah ditanam di kawasan perairan berkenaan untuk pembiakan ikan di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kampung Nelayan Kuala Sibuti yang mengambil masa 50 minit perjalanan menaiki kereta dari pusat bandar raya tidak begitu dikenali sebelum ini.

Namun, tidak ramai mengetahui di dasar perairanny­a, ‘tersembuny­i’ pelbagai spesies ikan bernilai tinggi dan bersaiz besar, sekali gus menjadi syurga kaki pancing.

 ??  ?? NANCY (tiga dari kanan) menyampaik­an replika cek kepada Rumah Amal Kasih Kota Kinabalu pada Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra anjuran Koperasi Kakitangan LPKP Sabah di Kota Kinabalu.
NANCY (tiga dari kanan) menyampaik­an replika cek kepada Rumah Amal Kasih Kota Kinabalu pada Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra anjuran Koperasi Kakitangan LPKP Sabah di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia