Harian Metro

10 tahun kenali hati budi suami

-

Kuala Pilah: “Jika saya berkahwin atas dasar nafsu, sudah pasti dia bukan pilihan saya,” kata Norlida Nordin, 38, yang sudi berkahwin dengan Md Jasmi Md Zalim, 39, jejaka orang kurang upaya (OKU) atas dasar suka sama suka meskipun ada halangan daripada kedua-dua belah keluarga.

Katanya, ketika berkahwin, suaminya lumpuh dari paras pinggang ke bawah dan kehilangan kaki kiri akibat terjatuh dari atas pokok manggis pada 1998.

“Namun kekurangan dirinya (Md Jasmi) tidak menghalang saya menerima dia sebagai suami seadanya, begitu juga keikhlasan suami menerima saya.

“Selepas kami mengambil keputusan berkahwin, rasa kurang senang daripada keluarga mula timbul. Ada tidak bersetuju, menentang dan terdapat kata-kata yang boleh mematahkan semangat saya,” katanya ketika ditemui wartawan.

Menurut pengusaha kedai santan di pekan Air Mawang, Johol ini, lebih menyedihka­n apabila ada sanak saudara yang mempertika­ikan sama ada mereka boleh mendapat zuriat atau sebaliknya.

Mengimbau detik pertemuan dengan Md Jasmi, Norlida berkata, sebelum ini dia bekerja di kedai santan bapa mentuanya, Md Zali Ismail, 60, ketika berusia 16 tahun.

“Ketika itu saya bekerja sebagai pembantu bapa Md Jasmi di kedai lama di pekan Air Mawang, namun kedai itu musnah dalam kebakaran pada 2014.

“Ketika itulah kami berkenalan dan timbul bibit cinta. Selepas 10 tahun mengenali hati budi masing-masing, kami mengambil keputusan untuk berkahwin,” katanya.

Menurutnya, walaupun ketika itu suami bertongkat dan menggunaka­n kaki palsu, namun ia tidak menghalang hasrat untuk mendirikan rumah tangga dan memburu kehidupan bahagia bersama.

“Saya nekad dengan keputusan ini dan kuasa Allah mengatasi segalanya apabila kami dikurniaka­n seorang anak lelaki, Hilmi Irfan yang kini berusia sembilan tahun. Allah permudahka­n urusan kami dan saya yakin rezeki itu ada selagi kita berusaha,” katanya.

Norlida berharap masyarakat tidak memandang rendah golongan OKU kerana mereka juga mempunyai perasaan seperti insan normal.

Sementara itu, Md Jasmi berkata, kesanggupa­n Norlida memilihnya sebagai teman hidup satu pengorbana­n yang tiada tolok bandingnya dengan mengambil kira keadaannya yang kurang upaya.

“Saya mengenali dia (Norlida) sejak dia berumur 16 tahun. Sehingga kini dikategori­kan sebagai OKU, cinta dia kepada saya tidak berubah,” katanya.

 ??  ?? MD Jasmi membetulka­n kaki palsu sambil dibantu Norlida di kedai santan miliknya di pekan Air Mawang.
MD Jasmi membetulka­n kaki palsu sambil dibantu Norlida di kedai santan miliknya di pekan Air Mawang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia