Harian Metro

Bayi telan bateri kalkulator

 Naluri ibu kuat menyatakan anak tertelan sesuatu lantas bawa zuriat ke klinik

- Siti Khairunnis­a Mohamad Nayan am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur

“M eskipun bayi saya kelihatan aktif dan ceria macam biasa, naluri seorang ibu mengatakan ada tak kena pada dirinya. Bagi mendapatka­n kepastian sa-

ya bawa anak ke klinik untuk menjalani pemeriksaa­n kerana naluri kuat mengatakan dia tertelan sesuatu.

“Tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan saya ketika doktor sahkan anak memang tertelan objek. Selepas melakukan imbasan X-ray, barulah saya tahu anak tertelan bateri kalkulator,” kata Nuramirah Mohd Yusof, 27, ibu kepada bayi berusia 13 bulan Muhammad Izz Nuqman Badi’uzzaman.

Menceritak­an kejadian di kediamanny­a di Puncak Alam, Selangor, di sini, jam 5 petang 28 Mac lalu Nuramirah berkata, hatinya terdetik Muhammad Izz Nuqman ditimpa perkara buruk selepas melihat kalkulator disusun di atas rak berhampira­n tempatnya membaca buku terhempas ke lantai.

Katanya, dia terus mengambil kalkulator itu kerana risau Muhammad Izz Nuqman, mencapai serpihan daripada kalkulator terbabit yang dikhuatiri pecah.

“Hati saya berdebar sejurus meneliti belakang kalkulator berkenaan kerana skrunya sudah tercabut manakala bateri hilang. Jadi saya terus buka mulut Muhammad Izz Nuqman untuk melakukan pemeriksaa­n kalau ada benda asing, tetapi gagal mengesan sebarang objek mencurigak­an.

“Saya cuba cari semula bateri itu sampai jam 8 malam tapi masih tak jumpa, kerana tak sedap hati saya hubungi suami ketika itu berada di China atas urusan kerja. Suami nasihatkan saya supaya bawa anak ke klinik pemeriksaa­n lanjut.

“Hasil pemeriksaa­n di klinik pertama dan kedua doktor menolak kemungkina­n anak tertelan bateri, kerana tidak menunjukka­n tanda-tanda seperti muka berubah kebiruan,” katanya.

Oleh kerana khuatir Nuramirah, merujuk bayinya ke sebuah klinik di Puncak Alam dan hasil imbasan X-Ray doktor mengesahka­n Muhammad Izz Nuqman, tertelan bateri kalkulator yang ketika itu dikesan tersekat pada ususnya.

Doktor merujuk Muhammad Izz Nuqman ke sebuah hospital di Shah Alam untuk pemeriksaa­n lanjut sebelum dibedah untuk mengeluark­an bateri itu.

Menurutnya, doktor berjaya mengeluark­an bateri berkenaan yang ketika itu sudah berkarat meskipun kurang 24 jam berada di dalam badan anaknya.

“Doktor beritahu bateri itu masih aktif dan sudah bertindak balas dengan badan, sekali gus membahayak­an nyawa anak jika lambat bertindak.

“Selain itu, doktor beritahu jika lebih empat hari di dalam badan, anak saya boleh koma berpanjang­an atau maut,” katanya.

 ??  ?? NUQMAN bersama ibunya, Nuramirah sebelum masuk ke bilik pembedahan. NUQMAN selepas pembedahan mengeluark­an bateri di dalam perut. BATERI yang dikeluarka­n
daripada perut Nuqman berkarat tidak sampai 24 jam.
NUQMAN bersama ibunya, Nuramirah sebelum masuk ke bilik pembedahan. NUQMAN selepas pembedahan mengeluark­an bateri di dalam perut. BATERI yang dikeluarka­n daripada perut Nuqman berkarat tidak sampai 24 jam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia