Harian Metro

Nenek enggan izin anak mangsa DUKE beri keterangan

-

Nenek kepada dua anak yatim iaitu anak mangsa kemalangan maut Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE), tiga tahun lalu memfailkan notis permohonan semakan di Mahkamah Rayuan Syariah di sini berhubung arahan terakhir Mahkamah Tinggi Syariah pada 15 Mac lalu.

Arahan memanggil kanak-kanak itu untuk memberi keterangan sama ada ingin tinggal dengannya atau ibu saudara mereka.

Pada prosiding hadapan Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad, peguam syarie Yusfa Hanis Yusoff yang mewakili Wirda Syamsuddin, 55, memaklumka­n pihaknya memfailkan permohonan semakan itu pada 22 Mac lalu.

Pihaknya memohon kes induk berhubung hak penjagaan kekal (hadanah) dua beradik, Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 10, dan Nur Firuza Aqila, 7, ditangguhk­an sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan Syariah.

Mahkamah menetapkan 14 Mei ini untuk sebutan semula kes itu.

Yusfa Hanis berkata, alasan pihaknya memfailkan permohonan semakan itu berikutan dua kanak-kanak terbabit kini dalam jagaan sementara ibu saudara mereka, Yusnidah Husain, 50, dan bimbang berlaku ketidakadi­lan sekiranya mereka dipanggil memberi keterangan.

Prosiding semalam sepatutnya ditetapkan untuk dua beradik itu memberi keterangan sebelum Hakim Syarie Muhamad Abd Karim Wahab memberikan keputusan terhadap tuntutan hadanah yang dikemukan Yusnidah.

Pada 11 Ogos 2015, Yusnidah yang diwakili peguam syarie Mahyuddin Md Zahari diberikan hak penjagaan sementara kedua-dua anak yatim berkenaan.

 ??  ?? NUR Firuza Amira (kiri) dan Nur Firuza Aqila (kanan) bersama ibu saudara mereka, Yusnidah.
NUR Firuza Amira (kiri) dan Nur Firuza Aqila (kanan) bersama ibu saudara mereka, Yusnidah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia