Harian Metro

Bantuan tak putus-putus

 Rezeki lima beranak tunggang motosikal mencurah selepas kisah tular di media sosial

- Mahaizura Abd Malik cnews@nstp.com.my

“Alhamdulil­lah, ini semua rezeki anak. Saya akan gunakan sumbangan ini sebaik-baiknya termasuk mengecat rumah dan memasang cermin untuk keselesaan dan keselamata­n anak kecil.

“Saya juga mahu berkongsi rezeki ini dengan bersedekah kepada mereka yang benar-benar ikhlas dan jujur bersama kami selama ini,” kata Suriani Aziera Shahril, 32.

Ibu enam anak berusia empat hingga 18 tahun itu berkata, dia bersyukur rezekinya mencurah-curah sejak kisah mereka lima beranak menaiki motosikal tular di laman sosial, Jumaat lalu, dan disiarkan akhbar ini, semalam.

“Sejak kisah saya tular, ramai orang menghubung­i saya dan selepas berita kami tersiar di Harian Metro, semalam (kelmarin), Alhamdulil­lah bantuan diterima semakin banyak.

“Saya juga menerima kunjungan individu dan wakil masjid berhampira­n serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n untuk bertanya khabar kami,” katanya, semalam.

Menurutnya, mereka sekeluarga berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang prihatin sama ada melalui sumbangan ke akaun banknya mahupun bertanya khabar menerusi panggilan telefon.

“Hanya Allah saja mampu membalasny­a. Saya juga tidak melupakan jasa hamba Allah yang mula-mula bertanya khabar kami di tepi jalan, Jumaat lalu, hingga kisah kami ditularkan­nya.

“Kepada yang masih kecam mengatakan saya sengaja mereka cerita untuk meraih simpati, terima kasih. Walaupun sedih, saya maafkan kerana mereka tiada di tempat saya,” katanya. Jumaat lalu, Suriani Aziera bersama empat anak menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat Taman Wahyu selepas mendapatka­n bantuan makanan keperluan asas di Masjid Saidina Umar al-Khattab, Bukit Damansara.

Ketika perjalanan, lima beranak itu ditahan seorang wanita yang bertanya mereka mahu ke mana dan wanita itu sempat merakamkan gambar serta mengambil nombor telefon sebelum menularkan­nya di laman sosial.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia