Harian Metro

Anugerah MDA suntik semangat

-

Kuala Lumpur: Kejayaan Media Prima Digital pada Anugerah Digital Malaysia (MDA) d Awards 2018, pastinya memberi semangat kepada kumpulan itu untuk menerajui segmen itu.

Pereka aplikasi Media Prima, Melissa Woo menerusi Ejen Ali: M.A.TA. Training Academy dan Eien Ali: Emergency berjaya merangkul anugerah utama bagi kategori Digital Person of the Year.

Bakat muda ini memaparkan minatnya terhadap teknologi baru dan digital yang menjadi kunci kejayaanny­a malah salah satu permainan mudah alihnya turut dicalonkan dalam kategori Best Use of Mobile.

Pengurus Besar Kumpulan, Produk dan Media Prima Labs, Nicholas Sagau berterima kasih kepada pasukannya yang bekerja keras untuk memenangi kandungan permainan tempatan.

“Ia sesuatu yang bagus apabila bakat muda seperti Melissa menunjukka­n potensi dan kemahiran mereka untuk memenangi bahagian digital harta intelek kami (lP).

“Di Media Prima, kami sentiasa menggalakk­an idea-idea baru dan dengan mewujudkan persekitar­an kerja dinamik antara pasukan sedia ada dan bakat muda sekali gus membolehka­n kami menjadi lebih kreatif dalam industri digital dan media kompetitif ini.

“Hubungan simbiotik ini membolehka­n kami memaksimum­kan potensi setiap individu bagi menyelaras­kannya dengan visi syarikat sebagai peneraju

digital-first content,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Setakat ini, permainan ini sudah dimuat turun lebih empat juta pengguna.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali mengakui bahawa bakat adalah aset terbesar syarikat ini.

Katanya, usaha berterusan dibuat dengan menambah nilai dan mengembang­kan lagi bakat sedia ada, serta mengiktira­f usaha dan sumbangan pasukannya kepada syarikat.

 ??  ?? MELISSA
MELISSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia