Harian Metro

Tarik peluang pelaburan

-

 Projek naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bakal bermula Julai ini

pembesaran mengambil kira tambahan parkir baharu bagi pesawat Kod 4C (Boeing 737/Airbus 320 dan pesawat ATR-72), meroboh dan membina semula balai penyelamat di lokasi baharu, pembinaan parkir kereta bertingkat dan ruang menunggu VVIP/VIP.

Selain itu, laluan teksi ditambah baik sesuai dengan tambahan jumlah penumpang melebihi kapasiti 2.06 juta orang setahun.

“Ikut reka bentuk asal, kapasiti penumpang hanya 1.5 juta orang saja namun pada 2015 ia meningkat kepada 2.06 juta penumpang, sekali gus menyebabka­n kesesakan.

“Oleh itu, kerajaan berharap projek ini dapat membantu menyelesai­kan semua masalah terbabit,” katanya.

LTSIP dibuka kepada umum pada 2002 dan menjalani kerja naik taraf pertama pada 2010 membabitka­n kos RM45.5 juta.

Sementara itu, orang ramai yang ditemui menyifatka­n projek naik taraf LTSIP sebagai titik permulaan negeri itu untuk menerima banyak perubahan, sekali gus membawa limpahan manfaat kepada rakyat.

Kakitangan awam, Nur Izhar Salimi Mohd Makhtar, 27, berkata, jika pembesaran LTSIP disiapkan, Kelantan menerima lebih kunjungan pelancong asing yang akan merancakka­n lagi ekonomi negeri itu.

“Projek juga mampu menarik pelabur asing yang menyumbang kepada pembanguna­n, sekali gus tidak mustahil Kelantan menjadi bandar raya termaju seperti Kuala Lumpur dalam tempoh 10 tahun,” katanya.

Seorang peniaga, Mohd Amin Moqshid Azmi, 27, pula tidak menolak Kelantan menjadi negeri membangun dan tidak lagi sepi daripada pembanguna­n.

Katanya, selain manfaat pembanguna­n, projek itu dapat memudahkan­nya ke luar negara terutama China untuk urusan perniagaan tanpa perlu transit ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

“Projek ini banyak manfaat kepada peniaga dalam talian seperti saya untuk dapatkan barang jualan dari luar negara.

“Sebelum ini agak leceh pabila perlu transit di KLIA. Harapnya selepas penukaran status lapangan terbang beri manfaat untuk kami yang berniaga di sini,” katanya. peruntukan RM90.13 juta membabitka­n 701 projek dari 2014 hingga 2017 untuk membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri dan menaik taraf kawasan pentadbira­n.

“Ini supaya rakyat boleh menikmati taraf sosioekono­mi selesa,” katanya.

Peruntukan RM78.02 juta dibelanjak­an sejak 2005 bagi pembinaan baharu 25 masjid di Kelantan termasuk masjid terbesar di Malaysia iaitu Masjid Tengku Razaleigh, Gua Musang bernilai RM35.3 juta yang dijangka siap, tahun depan.

 ??  ??
 ??  ?? LTSIP bakal bertukar wajah kepada lapangan terbang antarabang­sa.
LTSIP bakal bertukar wajah kepada lapangan terbang antarabang­sa.
 ??  ??
 ??  ?? NUR Izhar
NUR Izhar
 ??  ??
 ??  ?? MOHD Amin
MOHD Amin
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia