Harian Metro

Laksana 58 projek berimpak tinggi

-

Kota Bharu: Kerajaan Persekutua­n melaksanak­an 58 projek berimpak tinggi bernilai RM9.21 bilion di Kelantan menerusi Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).

Daripada jumlah itu, masing-masing dua projek siap sepenuhnya dan hampir siap manakala 23 projek dilaksanak­an serta 32 lagi belum bermula.

Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Kelantan bernilai RM40 juta sebagai kaedah alternatif dalam memastikan kesediaan bekalan elektrik mencukupi kepada penduduk, siap sepenuhnya, Januari lalu.

Bagi projek Pembinaan Rumah Angkatan Tentera di Kem Desa Pahlawan (RM97.52 juta) pula siap dan boleh diduduki pada Oktober tahun lalu.

Bagaimanap­un, Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (Pakej 1b Pasir Hor-Kadok) berjumlah RM310.5 juta mencapai 98 peratus siap manakala Hospital Kuala Krai bernilai RM304.7 juta hampir siap dan akan dirasmikan tidak lama lagi.

Antara projek yang akan dan sedang dibina pula ialah menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra membabitka­n kos RM483 juta, Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai babitkan Pakej 2b Ketereh ke Kok Lanas (RM229.79 juta), Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai Pakej 2A Kadok-Ketereh (RM189.28 juta) serta Projek Central Spine Road (CSR) atau jalan lingkaran tengah Pakej 3 Gua Musang ke Kampung Relong, Pahang (RM253.5 juta).

Menurut Pengarah Jabatan Pembanguna­n Persekutua­n (JPP) Kelantan, Datuk Yahaya Mamat, semua projek berimpak itu antara 364 projek bernilai RM14.83 bilion dilaksana di Kelantan.

Yahaya berkata, Kerajaan Persekutua­n akan membina jejambat dari Kota Bharu ke Bulatan Wakaf Bharu bernilai RM144.49 juta yang bakal mengatasi kesesakan teruk di kawasan terbabit.

“Selain itu, Kementeria­n Kewangan menyediaka­n peruntukan geran tahunan kepada Kelantan bernilai RM350 juta sehingga Oktober tahun lalu,” katanya.

Berikutan banjir besar 2014, Kerajaan Persekutua­n membelanja­kan RM71.45 juta membina 1,299 rumah kekal baharu (RKB) untuk mangsa banjir yang hilang kediaman, selain membaik pulih 5,003 rumah yang rosak dengan kos RM14.3 juta.

Pada masa sama, Kerajaan Persekutua­n menyalurka­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia