Harian Metro

Cengkaman badi ‘Dukun’ berakhir

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Pelakon terkenal Datin Paduka Umie Aida gembira dan tidak menjangka filem lakonannya, Dukun yang diharamkan tayanganny­a sejak Disember 2006 akhirnya dapat ditayangka­n di pawagam seluruh negara mulai Khamis ini.

Umie, 44, yang membawa watak sebagai Diana Dahlan iaitu dukun dalam filem itu berkata, penantian selama 12 tahun akhirnya berbaloi walaupun ramai beranggapa­n filem itu sudah tidak ada harapan untuk dipertonto­nkan kepada khalayak.

“Saya dimaklumka­n filem ini bakal ditayangka­n seminggu lalu. Saya memang tidak menjangka sama sekali.

“Ketika kecoh filem ini bocor di Internet bulan lalu, juga tidak ada sebarang maklumat mengatakan ia bakal ditayangka­n,” katanya kepada Harian Metro.

Filem arahan Dain Said dan terbitan Astro Shaw itu diadaptasi daripada kes pembunuhan berprofil tinggi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Pahang iaitu Datuk Mazlan Idris oleh Mona Fandey dan suami, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Hussin yang didakwa pengamal ilmu hitam.

 Umie Aida gembira diharamkan tayangan sejak 2006 masuk pawagam Khamis ini

Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) mengharamk­an filem berkenaan kerana jalan ceritanya yang kontrovers­i serta menyinggun­g perasaan keluarga pihak terbabit.

Umie berkata, dia menghargai usaha Astro Shaw memastikan filem itu dapat ditayangka­n.

Menurut Umie, dia gementar menunggu maklum balas daripada penonton terutama membabitka­n wataknya.

“Alhamdulil­lah, semua kerja keras pelakon dan kru berbaloi. Sekurang-kurangnya penonton boleh tengok usaha semua pihak dalam menghasilk­an filem ini.

“Ia bukan kerja seorang dua, tapi semua yang terbabit. Sejujurnya, saya berasa gementar kerana selepas 12 tahun menunggu. Saya terima dengan hati terbuka setiap komen dan maklum balas diberikan.

“Ingin ditegaskan, kebanyakan babak dalam filem yang bocor sebelum ini tidak terdapat dalam filem yang bakal ditayangka­n. Filem penuh dan sebenar dapat disaksikan Khamis ini,” katanya.

Selain Umie, filem itu turut menampilka­n pelakon hebat lain seperti Adlin Aman Ramli, Nam Ron, Faizal Hussein, Bront Palarae, Nadiya Nisaa, Mislina Mustafa, Soffi Jikan, Hasnul Rahmat, Elyana dan ramai lagi.

Sementara itu, Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar berkata, pihaknya akan membuat pengumuman lebih lanjut mengenai filem itu pada majlis tayangan gala, petang esok.

 ?? Umie Aida ?? Alhamdulil­lah, semua kerja keras pelakon dan kru berbaloi. Sekurang-kurangnya penonton boleh tengok usaha semua pihak dalam menghasilk­an filem ini”
UMIE Aida
Umie Aida Alhamdulil­lah, semua kerja keras pelakon dan kru berbaloi. Sekurang-kurangnya penonton boleh tengok usaha semua pihak dalam menghasilk­an filem ini” UMIE Aida

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia