Harian Metro

Zara Zya mengaku kekasih Hafreez

-

Kuala Lumpur: Pelakon Zara Zya mengesahka­n dia kini menjalin hubungan cinta dengan pelakon meningkat naik, Hafreez Adam, 28, sejak beberapa bulan lalu.

Zara, 33, berkata, dia berani membuat pengakuan itu selepas perkara berkenaan keluar daripada mulut Hafreez sendiri.

“Kami sudah kenal lama tapi makin rapat sejak berlakon drama MonaLisa sebanyak 80 episod untuk Astro Prima terbitan Radius One Sdn Bhd. Hubungan rapat ini baru terjalin beberapa bulan lalu,” katanya kepada Harian Metro.

Harian Metro menerusi sisipan RAP hari ini turut melaporkan pengakuan Hafreez mengenai hubungan cinta mereka itu.

“Apabila Hafreez sendiri mengaku, takkan saya menafikan pula. Saya selesa dengan Hafreez kerana dia bersikap matang, baik, manis dan bila bercakap pun elok,” katanya.

Menurut Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, dia juga tidak melihat perbezaan usia sebagai halangan.

Katanya, apa yang pasti hubungan cinta mereka terjalin secara semula jadi dan berharap apa yang terbina ini berkekalan.

“Saya harap doakan yang baik-baik saja buat kami. Apapun, saya harap peminat terus menyokong kerjaya seni kami,” katanya.

Terdahulu, Zara dikenali ramai menerusi drama Love You Mr Arrogant pada 2013.

Kini, Zara juga baru muncul dengan single pertama taruhannya berjudul Tiada Dendam ciptaan bersama komposer Lieynur Liey dan Fauzi Aisunam manakala liriknya ditulis Iman Imran.

 ??  ?? ZARA akui bercinta dengan
Hafr eez .
ZARA akui bercinta dengan Hafr eez .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia