Harian Metro

‘Ini paling sweet...’

-

Lumpur: Pelakon Emma Maembong menyifatka­n kejutan hari jadi daripada ‘teman tapi mesranya’ yang juga pelakon Kamal Adli di puncak Bukit Besi Alam Damai, Cheras sebagai sesuatu yang paling manis.

Emma, 26, berkata, dia memuji kegigihan Kamal bersama perancang majlis yang membuat dekorasi di atas bukit itu dengan berlatarbe­lakangkan ibu kota.

“Terima kasih kepada Kamal kerana buat kejutan. Ini paling pernah orang buat pada saya. Ia bukan restoran atas bukit, tapi puncak bukit yang dihias begitu indah. Saya kagum usaha mereka mendaki bukit itu sambil membawa kerusi, meja dan makanan.

“Ia juga lengkap dengan dekorasi lampu lagi. Bayangkan betapa payahnya mereka membawa naik

Apa pun, memang sangat cantik. Tidak tahu nak kata cantik macam mana,” katanya.

Sementara itu, Kamal menerusi perkongsia­n di Instagram miliknya berterima kasih kepada pihak perancang majlis, Itik Kejam kerana berjaya mewujudkan ‘taman rahsia’ itu.

“Selamat hari jadi Emma, semoga panjang umur dan murah rezeki. Semoga Allah merahmati mu selalu,” katanya.

Selain memuat naik gambar itu, Emma juga berkongsi video pendakian untuk sampai ke puncak.

Selain Kamal, kejutan hari jadi Emma turut disertai peminat Emma daripada kelab peminat Ema Vengers.

Selepas sehari dimuat naik, video itu mendapat tontonan lebih 300,000, 64,000 dan lebih 1,000 komen.

 ??  ?? EMMA memuji kegigihan Kamal bersama perancang majlis yang membuat dekorasi di atas bukit dengan berlatarbe­lakangkan ibu kota.
EMMA memuji kegigihan Kamal bersama perancang majlis yang membuat dekorasi di atas bukit dengan berlatarbe­lakangkan ibu kota.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia