Harian Metro

Kesahihan belum dapat dipastikan

-

Kota Bharu: Penduduk Kampung Pengkalan Demit di Kubang Kerian dinasihati supaya tidak panik dengan kehadiran ‘orang minyak’ yang didakwa muncul di kampung itu, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superinten­dan Ibrahim Sharif berkata, ini berikutan kehadiran orang minyak itu belum dipastikan kesahihann­ya seperti yang didakwa seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun di kampung berkenaan, jam 9 pagi kelmarin.

Beliau berkata, kampung itu dihuni kira-kira 40 orang dan setakat ini pihak polis belum mengenal pasti kewujudan orang minyak itu kerana berdasarka­n laporan dibuat, mangsa ketika itu dalam keadaan kebingunga­n.

“Polis juga akan menempatka­n anggotanya di kawasan berkenaan untuk membuat pemantauan dan kita menasihati penduduk supaya tidak panik, sebaliknya lebih berhati-hati terutama gadis atau wanita yang tinggal bersendiri­an sama ada waktu siang atau malam dengan mengunci semua pintu,” katanya. Kira-kira 10 penduduk Kampung Pengkalan Demit, dekat Kubang Kerian di sini, mendakwa tiba-tiba batuk dan sukar bercakap ketika melakukan kawalan susulan gangguan ‘orang minyak’.

Penduduk mendakwa insiden itu berlaku kira-kira jam 12 tengah malam tadi ketika mereka berkawal di kawasan perkampung­an itu.

Seorang daripadany­a, Mohd Fairus Ab Rashid, 33, berkata, ketika itu dia berada 10 meter dari rumah mangsa yang mengalami gangguan berkenaan.

“Saya lihat beberapa penduduk kampung melarikan diri dan mereka mengalami batuk dan sukar untuk bercakap.

“Saya menghampir­i mereka dan turut mengalami keadaan sama sebelum kami melihat debu berterbang­an serta menjauhkan diri kerana tidak tahan,” katanya ketika ditemui.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro ,semalam.
LAPORAN Harian Metro ,semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia