Harian Metro

Semangat kental...

- Nor Fazlina Abdul Rahim cnews@nstp.com.my

Biarpun diuji dengan kehilangan tangan kanan selepas terbabit kemalangan di Pahang, Isnin minggu lalu, Abdullah Abd Kadir tidak pernah bersedih dan meratapi nasib, sebaliknya sentiasa berlapang dada serta reda dengan takdir dirinya.

Guru berusia 25 tahun yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar, Kuala Lumpur itu menganggap Allah hanya mengujinya dengan menarik semula tangan yang dianugerah­kan sejak kecil namun ia sesekali tidak melemahkan semangatny­a untuk meneruskan kehidupan.

Peluang bertemu anak kedua daripada lapan beradik di kediamanny­a di Kampung Chicha Tinggi, di sini, selama satu jam jelas memperliha­tkan dia sangat tenang menceritak­an tragedi yang berlaku selain sentiasa tersenyum ketika diajukan soalan.

Tidak hairan kisah guru itu tular di Facebook dan kebanyakan netizen memuji semangat kental Abdullah yang tabah menghadapi ujian Allah SWT.

Abdullah berkata, dalam kejadian pada 26 Mac lalu, doktor memaklumka­n tangan kanannya gagal diselamatk­an dan dia tidak sesekali menangis atau merintih mahupun terkejut sebaik mengetahui bakal kehilangan anggota badan.

“Ketika itu, saya reda dan terima seikhlasny­a walaupun tangan dipotong dan cacat hingga akhir hayat. Malah, selepas pembedahan memotong tangan sehari selepas kemalangan iaitu Selasa minggu lalu, saya tersenyum lihat tangan saya.

“Ramai yang memandang pelik melihat keadaan saya, sedangkan ahli keluarga yang melawat semua menangis. Saya cuma berfikiran positif dan anggap Allah uji saya dan Dia hanya tarik sedikit saja nikmat.

“Saya reda mungkin disebabkan petang sebelum kejadian, saya bermimpi kereta saya terbabit nahas. Rupa-rupanya ia menjadi realiti. Malah sepanjang cuti sekolah saya berada di kampung dan membuat persiapan raya termasuk mengecat rumah, memasang langsir serta membeli perabot,” katanya yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam.

Dalam kemalangan jam 3 pagi di Kilometer 7.5, Jalan

 Guru hilang tangan kanan dalam nahas kereta jatuh gaung

Bentong-Raub dekat Bukit Lebu itu, mangsa menahan kesakitan sejam akibat tangannya tersepit selepas Perodua Myvi dipandunya terjunam ke gaung sedalam 16 meter.

Abdullah berkata, walaupun cacat

 ??  ??
 ??  ?? SAIDAH Mamat membalut tangan Abdullah yang dipotong akibat kemalangan Isnin minggu lalu.
SAIDAH Mamat membalut tangan Abdullah yang dipotong akibat kemalangan Isnin minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia