Harian Metro

Bakti Projek Yusuff

- Garret Dawum news@nstp.com.my

 10 pelajar UM bantu kepada kanak-kanak alami masalah dalam pelajaran

Saban minggu, setiap Isnin dan Rabu bermula jam 8 hingga 10 malam, masa itu banyak dihabiskan Nur Atikah Ahmad Ridzuan, 22, untuk mengajar 15 kanak-kanak dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, di sini.

Dia bersama 10 rakannya mengerah tenaga memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam pelajaran kepada kanak-kanak berkenaan secara percuma.

Atikah yang berasal dari Semenyih, Selangor berkata, dia seronok melakukan kerja sukarelawa­n itu kerana dapat melihat wajah gembira setiap kanak-kanak terbabit apabila mereka boleh membaca, menulis dan mengira.

“Pembabitan dalam kerja amal juga banyak mengajar saya untuk terus belajar erti syukur dengan setiap apa yang dimiliki,” kata pelajar tahun tiga bidang kejurutera­an awam Universiti Malaya (UM) itu.

Dia yang melakukan kerja amal itu menerusi Projek Yusuff dianjurkan Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah UM berkata, kebanyakan kanak-kanak berusia 10 hingga 13 tahun yang mengikuti kelas tuisyen percuma itu adalah mereka yang ketinggala­n dalam pembelajar­an di sekolah, selain datang daripada keluarga tidak berkemampu­an.

“Saya pernah berbual dengan seorang ibu kanak-kanak itu dan dia memberitah­u anaknya yang dulu tidak suka bercakap kini banyak bertanya soalan khusus berkenaan akademik.

“Reaksi itu membuatkan saya menitiskan air mata kerana kanak-kanak terbabit berjaya mengubah diri untuk terus berjaya dalam pelajaran.

“Selain itu, pengalaman paling berharga sepanjang saya mengikuti projek ini sejak memasuki UM, saya berjaya membantu murid yang dulunya gagap ketika membaca dan malu bertanya memperoleh keputusan 3A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),” katanya.

Bercerita lanjut berkenaan Projek Yusuff, Atikah yang juga pengarah projek berkata, ia adalah hasil idea pengetua kolej terbabit, Prof Madya Dr Nahrizul Adib Kadri.

“Dr Adib menggunaka­n nama anak bongsunya, Yusuff sebagai nama projek itu. Dalam projek ini, kami hanya mengajar mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

“Setakat ini, seramai 100 pelajar UM mendaftar diri sebagai sukarelawa­n kami bercadang mencari lebih ramai murid dari kawasan berlainan untuk mengikuti kelas percuma itu,” katanya

 ??  ?? ANTARA sukarelawa­n Projek Yusuff bergambar bersama pencetusny­a Dr Nahrizul Adib (duduk tengah).
ANTARA sukarelawa­n Projek Yusuff bergambar bersama pencetusny­a Dr Nahrizul Adib (duduk tengah).
 ??  ?? NUR Atikah memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak yang memerlukan bimbingan dalam pelajaran.
NUR Atikah memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak yang memerlukan bimbingan dalam pelajaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia