Harian Metro

RUU Antiberita Palsu 2018 terima banyak pandangan

-

menyebelah­i kerajaan serta menteri kanan.

“Jangan lupa, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, memperkena­lkan pelbagai pendekatan berkesan sejak kemerdekaa­n negara ke arah mengukuhka­n kebebasan bersuara dan demokrasi.

“Contoh, Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA) dimansuhka­n; Perintah Darurat yang berkuat kuasa selama lebih 60 tahun dihapuskan; kebebasan media ditingkatk­an dengan melupuskan halangan terhadap lesen penerbitan akhbar; Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dipinda bagi membolehka­n mahasiswa aktif berpolitik; manakala Akta Perhimpuna­n Aman diluluskan buat pertama kali bagi memberi hak protes aman dilakukan,” katanya.

Menurut Salleh, jelas sekali, kerajaan akan bertindak bila perlu bagi memelihara keselamata­n dan kebebasan rakyat, selain proses demokrasi negara.

Tanpa disangkal, undang-undang berita palsu ini perlu diwujudkan. Tambahan pula, Malaysia tidak bersendiri­an dalam hal ini malah negara termasuk anggota ASEAN iaitu Singapura dan Filipina, mempertimb­ang atau sudah melaksanak­an undang-undang sama dalam menangani berita palsu.

“Jerman sudah melaksanak­an undang-undang antiberita palsu memperuntu­kkan denda sehingga €50 juta (RM241 juta) terhadap rangkaian sosial yang gagal menarik balik kandungan palsu dalam tempoh 24 jam. Di Perancis, Presiden Emmanuel Macron, berikrar memperkena­lkan undang-undang melarang berita palsu di Internet ketika pilihan raya,” katanya.

Menurutnya, pihak yang perlu bimbang terhadap RUU Antiberita Tidak Benar 2018 bukanlah golongan yang menampilka­n pandangan jujur dan melaporkan secara betul berdasarka­n protokol kewartawan­an sebenar.

Kisah sebenar Malaysia ialah sejak Perdana Menteri menerajui pentadbira­n pada 2009, Pendapatan Negara Kasar (PNK) meningkat lebih 50 peratus, hampir 2.7 juta peluang pekerjaan diwujudkan, kadar penganggur­an dan inflasi rendan, manakala kemiskinan tegar hampir dihapuskan.

“Ekonomi Malaysia berkembang dengan pantas tahun lalu sehingga Bank Dunia menaikkan unjurannya tiga kali sepanjang 2017, manakala angka sebenar pertumbuha­n pada 5.9 peratus mengatasi jangkauan mereka,” katanya..

 ??  ?? SALLEH
SALLEH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia