Harian Metro

Sangkal dakwaan ECRL membazir

-

Dakwaan Pakatan Harapan (PH) yang mengatakan pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) satu pembaziran, disangkal orang ramai di negeri ini.

Penduduk, Zefri Mohd Zain, 48, menyifatka­n jika hasrat untuk menghentik­an projek itu dilaksanak­an, ia ternyata merugikan rakyat di pantai timur terutama penduduk di sekitar laluan berkenaan.

“ECRL sememangny­a membawa manfaat besar kepada rakyat antaranya menyediaka­n banyak peluang pekerjaan dan perniagaan di setiap stesen akan diwujudkan nanti.

“Dengan tempoh pembinaan yang dijangka iaitu selama enam tahun juga membuka banyak peluang pekerjaan termasuk buruh dan pemandu lori,” katanya.

Zefri juga tidak bersetuju dengan kenyataan Tun Dr Mahathir yang membanding­kan penerbanga­n tambang murah jauh lebih untung daripada projek ECRL yang bernilai RM55 bilion itu dan pemikiran sebegitu dianggap cetek.

Sementara itu, Pentadbir Mukim Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Tumboh, Wan Azizi Wan Ab Ghani berkata, kenyataan yang dikeluarka­n oleh mantan Perdana Menteri itu adalah gimik politik dan isu sementara menjelang PRU.

Beliau berkata, ECRL adalah untuk rakyat dan sebagai pembangkan­g sudah pasti mereka (PH) akan membangkan­g apa saja yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat.

Kuala Lumpur: Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Palsu 2018 dibentang di Parlimen beberapa hari lalu menarik pelbagai perhatian dan pandangan namun kerajaan mengalu-alukan perbincang­an dan selepas mendengar banyak cadangan, kerajaan membuat perubahan terhadap RUU termasuk mengurangk­an hukuman maksimum sabitan kesalahan kepada penjara enam tahun.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, bagaimanap­un, beberapa liputan berhubung RUU ini sengaja dikeliruka­n manakala sesetengah­nya ternyata palsu.

“Contohnya, takrifan berita palsu dalam RUU itu dinyatakan dengan jelas dan spesifik; kebebasan bersuara seperti diperuntuk­kan mengikut Perlembaga­an Persekutua­n tidak akan disekat; dan kerajaan tidak akan menentukan apakah berita palsu, sebaliknya pihak berkecuali iaitu Mahkamah yang membuat keputusan menerusi proses undang-undang.

“Sejak seorang bekas pemimpin berundur dan kebebasan kehakiman kembali, kita dapat melihat keputusan Mahkamah kerap tidak

 ??  ?? ZEFRI
ZEFRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia