Harian Metro

‘Datuk Seri’ jual nama Agong ditahan

-

Ipoh: Seorang lelaki yang aktif menjalanka­n kegiatan penipuan menggunaka­n nama Yang Dipertuan Agong, Sultan dan Perdana Menteri sejak tahun lalu diberkas polis bersama tiga individu lain dalam serbuan di sebuah banglo mewah di Jalan Sultan Azlan Shah, Jumaat lalu.

Dalang utama berusia 31 tahun yang menyamar sebagai Datuk Seri itu ditahan susulan polis menerima laporan dibuat seorang pengawal keselamata­n mendakwa diugut dan dicederaka­n dengan pistol oleh suspek dalam kejadian di sebuah kondominiu­m di Tambun di sini 11 Mac lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata, lelaki berkenaan dipercayai terbabit sekurang-kurangnya 11 kes penipuan di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan membabitka­n kerugian dianggarka­n RM1.6 juta.

Menurutnya, modus operandi dijalankan adalah dengan menyamar sebagai Datuk Seri kononnya wakil Perdana Menteri dan bekerja dengan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri yang menawarkan pelbagai projek serta gelaran Datuk dan Datuk Seri.

“Pada 11 Mac lalu polis menerima laporan daripada seorang pengawal keselamata­n di Montblue Residence, Tambun yang mendakwa diugut dan dihentak dengan pistol hingga cedera di dahi kiri oleh suspek yang mengaku sebagai orang kuat Perdana Menteri.

“Lelaki berkenaan dikatakan berang selepas pengawal terbabit enggan membenarka­nnya masuk ke kawasan kondominiu­m terbabit kerana tidak mempunyai pas masuk,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, semalam.

Hasnan berkata, susulan laporan diterima itu pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) dan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh bertindak menjalanka­n siasatan dan mengesan suspek.

Katanya, polis yang mengesan suspek di sebuah banglo mewah menyerbu jam 7 malam Jumaat lalu.

“Hasil serbuan empat individu berusia 31 hingga 66 tahun diberkas membabitka­n suspek utama berusia 31 tahun bersama isterinya dan dua lagi suspek.

“Pemeriksaa­n di kediaman terbabit polis berjaya merampas dua pistol jenis semi auto dan revolver bersama kelopak peluru dan peluru hidup selain pelbagai dokumen dan barangan dipercayai digunakan untuk kegiatan menipu,” katanya.

Menurutnya, antara barangan yang dirampas itu adalah 49 cop palsu membabitka­n cop Yang Dipertuan Agong, cop kerajaan Malaysia, cop kerajaan negeri dan cop pelbagai agensi kerajaan.

Hasnan berkata turut dirampas adalah pelbagai dokumen serta sijil anugerah darjah kebesaran palsu, baju istiadat berserta songkok dan selempang serta sebuah kereta jenis Audi Q7 dan empat peket ganja.

“Semakan mendapati suspek utama mempunyai rekod lampau membabitka­n kes jenayah dan penipuan serta ujian saringan awal air kencing tiga daripada suspek adalah positif,” katanya.

 ?? Hasnan Hassan ?? Lelaki berkenaan dikatakan berang selepas pengawal terbabit enggan membenarka­nnya masuk ke kawasan kondominiu­m terbabit kerana tidak mempunyai pas masuk”
Hasnan Hassan Lelaki berkenaan dikatakan berang selepas pengawal terbabit enggan membenarka­nnya masuk ke kawasan kondominiu­m terbabit kerana tidak mempunyai pas masuk”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia