Harian Metro

Wajib berusaha menjadi insan baik

-

Dalam kehidupan ini, hendak menjadi baik akan diuji, begitu juga orang yang hendak jadi jahat sekalipun turut diuji.

Usaha untuk menjadi baik sebenarnya bukan satu pilihan. Kita mesti memilih untuk jadi baik walau seberat mana pun ujian yang dihadapi.

Beruntungl­ah jika kita diuji untuk menjadi orang yang baik. Dengan ujian itu, Allah SWT hendak membersihk­an kita daripada dosa dan mengangkat darjat kita.

Manusia yang baik adalah golongan yang memberi kebaikan selain menjaga hubungan dengan Allah SWT serta hubungan sesama manusia.

Perkara asas yang perlu ada dalam diri seseorang untuk menjadi baik adalah keyakinan kepada Allah SWT.

Sehubungan itu, untuk menjadi Muslim yang baik, seorang itu perlu sentiasa berdoa, mencari ilmu, mengamalka­n ilmu yang dipelajari, perlu mempunyai guru serta sedaya upaya melawan dan melatih diri daripada godaan hawa nafsu.

Doa sebenarnya adalah kuasa cukup besar dalam kehidupan manusia kerana apa saja yang kita ucapkan dalam doa semuanya mengenai kebaikan.

Doa adalah permulaan dan pengakhira­n perjuangan setiap orang yang hendak menjadi baik.

Sebab itu, setiap Muslim tidak boleh berhenti berdoa. Antara doa yang Nabi ajar dan mengingatk­an kepada sahabatnya, Mu’az bin Jabal supaya tidak meninggalk­an doa itu setiap kali selepas solat.

Pada satu hari, Baginda memegang tangan Mu’az bin Jabal lalu berkata: “Wahai Mu’az, Demi Allah, aku mencintaim­u,” lalu jawab Mu’az: “Demi Allah, aku juga mencintaim­u wahai Rasulullah.”

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku wasiatkan kepadamu wahai Mu’az supaya jangan meninggalk­an doa ini setiap kali selepas solat: Allahumma a’inna ‘ala zikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatika’ yang bermaksud: “Ya Allah permudahka­nlah, bantulah hatiku untuk bersyukur atas nikmatmu dan memperbaik­i dan perindahka­n amalanku.” (Diriwayatk­an Abu Dawud, al-Nasa'i, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan al-Hakim dan disahihkan oleh alAlbani)

Dalam hadis itu, Rasulullah SAW menggalakk­an sahabat dan umatnya supaya sentiasa berusaha mengingati Allah SWT dalam semua keadaan dan sentiasa memperbaik­i ibadat.

Doa itu juga memberi isyarat bahawa setiap manusia sangat berhajat dan memerlukan bantuan daripada Allah SWT. Malah, kaedah dakwah yang dipamerkan Rasulullah SAW sangat berkesan.

Ketika memberi nasihat kepada sahabat-sahabatnya, Baginda akan menyentuh tubuh mereka. Jelas kepada kita cara yang dilakukan Rasulullah SAW itu dapat mempengaru­hi sahabatnya.

Muslim yang mendapat keberkatan adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain pada setiap masa dan di mana saja mereka berada.

Hati yang baik itu juga memberi ketenangan kepada orang di sekeliling­nya. Buah fikiran serta kata-katanya dapat menyelesai­kan masalah dan memberi inspirasi selain dirinya menggembir­akan orang ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia